awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh

Sinar Harian
Sinar Harian
09/02/2025
02:50 MYT
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Sekumpulan individu berhimpun di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh meminta kerajaan memansuhkan SOSMA pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
SUNGAI BULOH: Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
"Siasatan awal mendapati, himpunan ini diadakan ahli keluarga banduan tahanan SOSMA di penjara ini dengan tujuan meminta kerajaan memansuhkan akta berkenaan.
"Pemantauan dijalankan mendapati, terdapat antara 40 hingga 50 individu termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berkumpul serta memegang pelbagai plakad tertera pelbagai tulisan meminta simpati serta memohon akta itu dimansuhkan," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Katanya, susulan itu polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Penganjur himpunan boleh dikenakan denda RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
"Semua individu dikenal pasti terlibat dalam himpunan ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat," katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan perbuatan menyalahi undang-undang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mogok lapar
#Penjara Sungai Buloh
#SOSMA
#Mohd Hafiz Muhammad Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan