awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari penunggang 'menari' atas motosikal di lebuh raya

Sinar Harian
Sinar Harian
03/04/2022
14:08 MYT
Polis cari penunggang 'menari' atas motosikal di lebuh raya
Polis mengesan kejadian itu menerusi rakaman video berdurasi 39 saat yang tular di laman sosial Facebook. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial
PORT DICKSON: Polis sedang mengesan seorang penunggang susulan video tular menunjukkan aksinya menari sambil melepaskan tangan di atas motosikal di Kilometer 16-17 di Lebuhraya Seremban- Port Dickson sebelum susur keluar Bandar Springhill.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis mengesan kejadian itu menerusi rakaman video berdurasi 39 saat yang tular di laman sosial Facebook.
"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah membuat semakan lanjut dan mendapati video ini dirakam menggunakan aplikasi TikTok pada 25 November tahun lalu.
"Video itu kemudiannya ditularkan semula pada semalam (Sabtu) di media sosial Facebook," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil bagi menyalurkan maklumat kepada BSPT IPD Port Dickson.
"Pihak Polis juga menyeru individu yang dikenal pasti dirakam dalam aksi tersebut diminta menyerah diri dengan kadar segera.
"Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987/Seksyen 336 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Port Dickson
#menari atas motosikal
#Tular
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan