awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari waris kanak-kanak ditemui orang awam

Bernama
Bernama
13/05/2022
15:47 MYT
Polis cari waris kanak-kanak ditemui orang awam
Kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan telah diserahkan kepada JKM Gombak untuk tindakan lanjut. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis sedang mencari waris kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga hingga empat tahun yang dijumpai dan diserahkan oleh orang awam ke Balai Polis Selayang, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak itu boleh berhubung dengan Sjn Rafidah Abdul Aziz di talian 019-3509963 atau hubungi Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.
Menurut Zainal, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki pada pukul 2.24 petang Rabu berhubung seorang kanak-kanak lelaki dengan anggaran tinggi 60 sentimeter dan berkulit gelap telah dibawa pulang ke rumah mereka oleh abang pengadu.
"Pengadu tidak mengenali kanak-kanak tersebut dan tidak mengetahui dari mana abang pengadu menjumpai kanak-kanak tersebut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Zainal berkata kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Gombak untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak hilang
#kanak-kanak dijumpai
#polis kesan waris
#Selayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan