awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis gempur sarang dadah di Kuala Kedah

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2022
05:23 MYT
Polis gempur sarang dadah di Kuala Kedah
Sebanyak 86 buah rumah dan premis serta 253 individu telah diperiksa dalam operasi di mana 69 individu terdiri daripada 67 lelaki dan dua wanita telah ditangkap atas pelbagai kesalahan. -PDRM
ALOR SETAR: Polis Kedah menggempur kawasan Kuala Kedah dalam usaha membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang dilapor sering menimbulkan masalah sosial di kawasan itu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerusi ‘Op Khas House Storming’ pada Jumaat.
“Sebanyak 86 buah rumah dan premis serta 253 individu telah diperiksa dalam operasi kali ini di mana 69 individu terdiri daripada 67 lelaki dan dua wanita telah ditangkap atas pelbagai kesalahan.
“Polis turut menahan empat individu berstatus 'Wanted' atau dikehendaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam serbuan itu polis turut merampas pelbagai jenis dadah, rokok seludup dan wang tunai serta mengeluarkan sebanyak 32 saman trafik.
Wan Hassan berkata, operasi melibatkan seramai 280 pegawai dan anggota polis, Pasukan Polis Marin Kuala Kedah, Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara.
Topic Berkaitan
#Kuala Kedah
#sarang dadah
#Op Khas House Storming
#Wan Hassan Wan Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan