awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis giat buru pengendali akaun FB hina Agong

Bernama
Bernama
13/04/2019
20:07 MYT
Polis giat buru pengendali akaun FB hina Agong
MOHAMAD FUZI: Setakat ini tiada tangkapan dibuat tetapi siasatan sedang berjalan bagi mengesan individu-individu yang bertanggungjawab.
Polis Diraja Malaysia sedang mengesan pengendali akaun Facebook (FB) yang menggelarkan diri mereka 'Sabah-Sarawak Merdeka' berhubung tindakan memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong pada Khamis lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telahpun membuka kertas siasatan berhubung kes itu dan sehingga Jumaat polis sudah menerima 91 laporan daripada pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), badan politik dan orang perseorangan berhubung perkara itu.
"Setakat ini tiada tangkapan dibuat tetapi siasatan sedang berjalan bagi mengesan individu-individu yang bertanggungjawab membuat 'posting' terhadap penghinaan tersebut pada ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas majlis perasmian penutupan Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara 2019 di Mahkota Golf Country Club, di sini pada Sabtu.
BACA: Hina raja: Kumpulan 'Sabah-Sarawak Merdeka' langgar undang-undang negara
Sementara itu, Mohamad Fuzi meminta masyarakat agar tidak memuat naik sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan kekecohan atau perkara negatif di media sosial berhubung perkara itu.
"Polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Jenayah Komersil Bukit Aman akan memantau tentang perkara ini," katanya.
BACA: Sabah, Sarawak terus terima hak sedia ada - PM
BACA: MA63: Kurang 10 undi, kerajaan gagal pinda Perlembagaan Persekutuan
Pada Khamis lalu, satu kumpulan yang menggelar diri mereka 'Sabah-Sarawak Merdeka' bertindak memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#hina
#jenayah
#kertas siasatan
#media sosial
#Mohamad Fuzi Harun
#posting
#Sabah-Sarawak Merdeka
#siasatan
#undang-undang
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan