awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis giat jejak suspek kes tembak di Sibu

Bernama
Bernama
25/10/2024
13:30 MYT
Polis giat jejak suspek kes tembak di Sibu
Polis sedang giat mengesan suspek yang menembak seorang lelaki dalam kejadian di Lorong Wong King Huo 21 petang semalam. - Gambar hiasan/X @bernamadotcom
SIBU: Polis sedang giat mengesan suspek yang menembak seorang lelaki dalam kejadian di Lorong Wong King Huo 21 di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek yang masih belum dikenal pasti itu telah melepaskan tembakan terhadap mangsa berusia 46 tahun menyebabkan kecederaan pada bahu kanan dalam kejadian pada kira-kira 2.20 petang.
"Hanya satu das tembakan dilepaskan dan mangsa yang cedera di bahu sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di sini dan berada dalam keadaan stabil," katanya satu kenyataan di sini hari ini
Beliau berkata satu kesan tembakan ditemui pada cermin hadapan kenderaan pacuan empat roda mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh
Zulkipli menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus pegawai penyiasat ASP Mohd Fazirul Mohd Fisol di talian 013-8237737 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis jejak suspek
#Kes Tembak
#Sibu
#Lorong Wong King Huo 21
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan