Polis di sini berjaya menghalang seorang kanak-kanak perempuan bangsa Rohingya berumur 11 tahun daripada melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki berumur 20 tahun pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid hari ini berkata keluarga kanak-kanak itu bersetuju untuk menangguhkan perkahwinan itu setelah dinasihati pegawai polis yang turut dibantu pegawai tadbir agama daerah ini.
"Kami juga memaklumkan jika mereka ingin meneruskan perkahwinan, mereka perlu melalui proses permohonan perkahwinan dengan pihak pejabat Agama Islam dan mahkamah. Mereka mengaku faham dan akan patuh pada arahan" katanya ketika dihubungi malam tadi.
Menurutnya satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pengarah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di sini Rabu lepas yang mendedahkan kanak-kanak berkenaan yang merupakan bekas pelajar di pusat pembelajaran kelolaan NGO itu akan dikahwinkan.
"Susulan laporan polis yang dibuat lelaki itu, polis berjaya mengesan kanak-kanak perempuan berkenaan dan keluarganya di Taman Perai di sini serta mengadakan pertemuan bagi mendapatkan penjelasan daripada mereka berhubung laporan berkenaan.
Nik Ros Azhan berkata bapa kanak-kanak itu yang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak mengaku mahu mengahwinkan anaknya itu dengan seorang lelaki berusia 20 tahun atas alasan lelaki itu dapat menjaga anaknya.
Katanya susulan persetujuan keluarga kanak-kanak perempuan tersebut untuk menangguhkan perkahwinan berkenaan, polis telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang akan memantau kanak-kanak perempuan itu dari semasa ke semasa.
Menurutnya pihak Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) turut dimaklumkan berhubung perkara itu ekoran semua yang terlibat dalam kes itu merupakan pemegang kad UNHCR.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 08 2019
Nik Ros Azhan berkata bapa kanak-kanak itu yang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak mengaku mahu mengahwinkan anaknya itu dengan seorang lelaki berusia 20 tahun atas alasan lelaki itu dapat menjaga anaknya. - Gambar fail
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan
Masyarakat Islam mengambil peluang memulakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat tarawih.
JAKIM pantau peruntukan untuk mualaf, pastikan program berimpak
JAKIM sentiasa komited memantau peruntukan yang disalurkan kepada setiap negeri terutama melibatkan golongan sasar seperti mualaf.
'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar
Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi barat, sebaliknya mengikut apa yang diterapkan Al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan.
Aktres Perancis Marine El Himer kongsi rasa teruja, dapat jejak kaki ke Tanah Suci
Marine berkongsi gambar dirinya mengenakan hijab sewaktu sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.