awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
24/11/2024
14:00 MYT
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada Konvensyen Amanah Negeri Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Midlands Seksyen 7 Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata perkara itu yang digunakan sebagai modal politik oleh sesetengah pihak perlu dilawan secara berterusan justeru ahli Amanah mestilah memainkan peranan menangkis dakwaan tersebut dengan fakta sama ada secara terus kepada masyarakat mahupun menerusi media sosial.
Menurut Mohamad, Pakatan Harapan (PH) menjadi mangsa naratif itu pada pilihan raya umum lepas.
"Islam terancam dan perlu diselamatkan dengan menolak PH dan gabungannya ialah persepsi yang ditanam pihak lawan untuk memerangkap pemikiran rakyat.
"Fahaman ini ada dalam masyarakat dan kita akan hadap dengan hujah baik, sesuai dengan konsep Islam rahmat untuk semua," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah Selangor 2024 di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Ketua Penerangan UMNO Selangor Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain.
Selain itu, Mohamad berkata sebarang tuntutan kerusi bagi mendepani pilihan raya di masa hadapan bergantung kepada perbincangan serta keputusan semua parti gabungan Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah
#Islam
#Mohamad Sabu
#modal politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan