awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, petrol RON97 dan RON95 kekal
Rasuah di Malaysia: Kes Najib tidak dijadikan pengajaran – Mohd Annuar
Pasaran saham Indonesia kembali beroperasi, indeks utama kekal tidak menentu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis jangka 2.1 juta kenderaan di jalan raya sempena cuti Deepavali

Bernama
Bernama
09/10/2025
14:15 MYT
Polis jangka 2.1 juta kenderaan di jalan raya sempena cuti Deepavali
Mohd Yusri berkata sebanyak 500 anggota JSPT akan ditugaskan di seluruh negara, meliputi lebuh raya utama, jalan persekutuan, jalan bandaran serta lokasi hotspot trafik dalam tempoh tersebut. - Gambar fail/Bernama
BENTONG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan kira-kira 2.1 juta kenderaan akan berada di jalan raya seluruh negara bermula 18 Okt ini, sempena cuti perayaan Deepavali.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh itu, Op Lancar sempena cuti perayaan Deepavali akan dilaksanakan bermula 17 hingga 21 Okt.
"Fokus operasi adalah untuk memastikan aliran trafik lancar, terutama di lebuh raya, jalan bandaran dan jalan persekutuan selain kawasan tumpuan pelancongan.
"JSPT juga akan segera membantu pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan bagi mengelak kesesakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program menembak bersama media di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Bentong, di sini hari ini.
Perayaan Deepavali akan disambut pada 20 Okt.
Mohd Yusri berkata sebanyak 500 anggota JSPT akan ditugaskan di seluruh negara, meliputi lebuh raya utama, jalan persekutuan, jalan bandaran serta lokasi hotspot trafik dalam tempoh tersebut.
Beliau berkata pihaknya juga menunggu arahan lanjut daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) berhubung larangan perjalanan kenderaan perdagangan di lebuh raya utama sepanjang cuti perayaan itu.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan cuti tambahan sekolah antara satu hingga dua hari, menjadikan tempoh cuti panjang antara lima hari bagi murid di Semenanjung dan empat hari bagi murid di Sarawak, bermula 17 hingga 22 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#PDRM
#Kementerian Pengangkutan
#aliran trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan