Ringkasan AI
- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah.
- Loke menyatakan peletakan jawatan selaras dengan pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan isu tahanan rumah Najib.
- Najib akan menjalani tahanan rumah di Langgak Duta sehingga 23 Ogos 2028 sebelum kembali ke Penjara Kajang untuk hukuman kes 1MDB.
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Loke berkata keputusan itu diambil selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya untuk menjalani perintah tahanan rumah,di kediamannya di Langgak Duta di ibu negara hari ini.
Ia juga dibuat selaras dengan pendirian parti DAP yang tidak bersetuju dengan isu tahanan rumah Najib.
Sebelum itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, ibu negara, berkuat kuasa serta-merta.
Perintah baharu itu menyaksikan Najib menjalani hukuman tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028 sebelum kembali ke Penjara Kajang pada 24 Ogos tahun sama untuk menjalani hukuman penjara berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
BERITA LANJUT MENYUSUL