awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis jejaki pemandu lori, kereta tular

Sinar Harian
Sinar Harian
24/12/2023
09:00 MYT
Polis jejaki pemandu lori, kereta tular
Tangkap layar klip video berdurasi 52 saat tular di media sosial yang berjaya dirakam pengguna jalan raya. - Sinar Harian
JERANTUT: Polis Jerantut giat menjejaki pemandu lori dan pemandu kereta jenis Proton Persona selepas tular klip video memaparkan sebuah lori dipandu secara bahaya mengganggu perjalanan dan menghimpit kereta tersebut.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis memberitahu, penularan klip berdurasi 52 saat itu dikesan di media sosial kira-kira jam 8.30 pagi pada Ahad.
Menurutnya, kejadian tersebut sempat dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di tempat kejadian.
"Hasil semakan pihak polis, kejadian berlaku di di Batu 1, Jalan Jerantut-Benta (arah Jerantut).
"Kedua-dua pemandu di dalam video tersebut diminta tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987," kata beliau dalam kenyataan pada Ahad.
Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu pihak polis.
"Orang ramai boleh hadir ke Balai berhampiran atau menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jerantut di talian 09-2666889" jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#pemandu lori
#himpit kereta
#Jerantut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan