KOTA KINABALU:Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin serta akan mengambil tindakan jika terdapat bukti kakitangannya terlibat.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata JKNS bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara itu.
"Pihak PDRM tidak menolak kemungkinan bahan minuman keras tersebut dibawa sendiri atau dibantu oleh kakitangan yang bertugas.
"Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memandang serius terhadap perkara ini dan jika terdapat bukti bahawa kakitangan jabatan turut terlibat, tindakan tatatertib boleh dikenakan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A)395],” tegasnya.
Sementara itu, Masidi turut memaklumkan, Sabah masih merekodkan 22 zon merah di seluruh negeri, dengan pertambahan 432 kes positif COVID-19 pada Khamis.
Katanya, tiga daerah yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi ialah Tawau (75 kes), Kota Kinabalu (59 kes) dan diikuti Lahad Datu (48 kes).
Satu kes kematian turut dilaporkan di Kudat.
"Terdapat satu kluster baru, iaitu Kluster Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu, dengan dua kes baharu yang dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes," katanya.
Beliau yang juga jurucakap COVID-19 turut mengumumkan penamatan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Timbang Dayang, Kota Belud, di mana kes terakhir yang direkodkan adalah pada 11 Januari lalu.
Ketika ditanya mengenai langkah Kerajaan Negeri dalam menghadapi COVID-19 dan banjir, Masidi berkata prosedur operasi standard (SOP) khas telah disediakan bagi pengurusan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Ini termasuklah memastikan PPS menempatkan jumlah mangsa yang bersesuaian dengan penjarakan fizikal, menjalankan saringan asas, menyediakan buku pendaftaran, imbasan MySejahtera, pengasingan mangsa serta rawatan lanjut bagi mangsa yang bergejala oleh KKM.
Bercakap mengenai kemasukkan pelajar ke asrama, beliau memaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah mengarahkan semua Pejabat Kesihatan Kawasan dan Pejabat Kesihatan Daerah dengan bantuan Pejabat Pendidikan Daerah untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas pelajar- pelajar asrama bagi membendung kemungkinan penularan jangkitan berlaku di asrama sekolah.
Pengurusan PKRC yang terlibat telah memulakan pemeriksaan mengejut ke atas beg pesakit yang dibawa masuk ke PKRC bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.
Sabah pada hari ini mencatatkan penurunan dalam kadar pematuhan SOP, iaitu 93 peratus, berbanding 93.05 peratus yang dilaporkan semalam.
"Saya minta kepada semua rakyat Sabah, tolong patuhi SOP. Ini adalah benteng yang paling ampuh untuk mengelakkan daripada jangkitan," tambah beliau.
Eleanor Michelle Patrick
Mon Jan 18 2021

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata JKNS bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara itu. - Gambar fail

Isaac Angking terima panggilan Puerto Rico, mungkin tidak layak wakili Malaysia
Angking disebut-sebut sebagai pemain kacukan yang berpotensi untuk mewakili Harimau Malaya.

Seludup Buah | PPM patahkan cubaan seludup buah dari negara jiran
Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk pelbagai jenis buah buahan ke negara ini secara haram melalui Op Gelora Khas di kawasan perairan simpang tiga Pulau Sidam Sebatik pada Isnin. Dalam kejadian kira kira jam 6.15 petang PPM Tawau yang sedang melakukan rondaan dikawasan tersebut mengesan pergerakan sebuah jongkong dalam keadaan mencurigakan.

Jerebu | Tiada kawasan catat IPU tidak sihat
Perkembangan jerebu dalam negara. Tiada kawasan catat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 10 pagi. Tiga kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat pada Selasa, kembali catat IPU sederhana.

SPM | KPM arah LPM pantau isu soalan kertas 2 subjek sejarah didakwa bocor
Kementerian Pendidikan (KPM) akan merangka semula penyelarasan jadual peperiksaan besar termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan datang memandangkan perubahan struktur persekolahan susulan pandemik COVID-19.
![[TERKINI] Peletakan jawatan ADUN Sebatik: Sidang media Speaker Dun Sabah [TERKINI] Peletakan jawatan ADUN Sebatik: Sidang media Speaker Dun Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893450/15793218281614747090265_640x360.jpg)
[TERKINI] Peletakan jawatan ADUN Sebatik: Sidang media Speaker Dun Sabah

Vaksin COVID-19 | 53,287 terima suntikan pertama vaksin
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, Sarawak merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 9,737 penerima.

Kematian Ribuan Ikan | Kerajaan Negeri minta laporan lengkap JAS
Kerajaan negeri Kelantan akan mendapatkan laporan lengkap dari Jabatan Alam Sekitar, berhubung kematian ribuan ikan air tawar di permukaan Sungai Ketil, Gua Musang seperti yang disiarkan Astro AWANI. Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata perkara tersebut turut diadukan oleh penduduk setempat.

SPM | KPM kaji penyelarasan jadual peperiksaan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan merangka semula penyelarasan jadual peperiksaan besar termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan datang memandangkan perubahan struktur persekolahan susulan pandemik COVID-19.

Legenda Liverpool St John meninggal dunia pada usia 82 tahun
St John merupakan salah sorang pemain bintang ketika era Bill Shankly di Anfield.

Jika tidak bersidang, Ahli Parlimen hanya luah masalah di media sosial - Noor Hariri
Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu berkata, kerajaan tidak perlu takut untuk mengadakan sidang Parlimen pada waktu terdekat.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Sabah sedia sekat penerbangan jika perlu - Masidi
Kerajaan akan menimbang untuk menyekat sementara perjalanan dari atau ke Sabah jika kes jangkitan COVID-19 meningkat.

Sabah rekod lebih 800 pesakit COVID-19 sembuh - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) merekodkan seramai 833 pesakit COVID-19 sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital semalam.

Bilangan kes positif COVID-19 di Sabah dijangka meningkat semula - Masidi
Sabah dijangka mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 lebih tinggi bermula esok, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun.

COVID-19 di Sabah: Tiada sampel tertunggak, angka positif masih tinggi
Kerajaan Sabah hari ini mengesahkan tiada lagi sampel tertunggak yang boleh menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.

COVID-19: Penduduk Mutiara Kasih, Khazanah Indah mohon PKPD tidak dilanjutkan
Penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah hari ini memohon supaya PKPD tidak dilanjutkan, kerana khuatir akan hilang pekerjaan serta pendapatan mereka terjejas.

COVID-19: Kluster Rumah Merah di Sabah catat peningkatan drastik
Kluster Rumah Merah di Sabah mencatatkan peningkatan mendadak dengan 111 kes baharu positif COVID-19 pada Sabtu.

JPBNS kesan satu kes import di Kuching
JPBN Sarawak turut mengesahkan laporan yang diterima dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berhubung kes positif di Bintulu.

Pelajar dari Semenanjung, Sarawak kembali ke Sabah perlu jalani ujian swab
Ia adalah prosedur yang telah ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

COVID-19: Saringan bersasar di Sabah, orang ramai digesa beri kerjasama
Orang ramai diminta beri memberi kerjasama semasa aktiviti itu dilaksanakan dan tidak cuba untuk mengelak daripada disaring kerana tidak mahu dikuarantin.