awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Johor terima 16 laporan berhubung buku Tommy Thomas sehingga kini

Bernama
Bernama
06/02/2021
12:49 MYT
Polis Johor terima 16 laporan berhubung buku Tommy Thomas sehingga kini
Polis Johor sehingga kini telah menerima 16 laporan daripada pelbagai pihak berhubung penerbitan buku berbentuk memoir Tommy Thomas. - Gambar fail
JOHOR BAHRU:Polis Johor sehingga kini telah menerima 16 laporan daripada pelbagai pihak berhubung penerbitan buku berbentuk memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, sejak isu berkenaan mula mendapat perhatian ramai beberapa hari lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Bernama memberitahu susulan laporan berkenaan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.
Thomas yang menjadi Peguam Negara dari Jun 2018 hingga Feb tahun lepas mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mempertikai bukunya 'My Story: Justice in the Wilderness' yang didakwa mereka antaranya mengandungi pelbagai fakta tidak betul, menghina, malah menfitnah.
Pelbagai pihak telah membuat laporan polis berhubung kandungan buku itu, antaranya ialah pergerakan Pemuda UMNO Johor yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, petang ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan polis
#buku Tommy Thomas
#Tommy Thomas
#Bekas Peguam Negara
#polis johor
#ayob khan mydin pitchay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan