awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kedah akan lancar operasi buru pemegang saman tertunggak

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2017
13:06 MYT
Polis Kedah akan lancar operasi buru pemegang saman tertunggak
Pengguna jalan raya di Kedah yang mempunyai saman tertunggak diingatkan agar segera melunaskannya sebelum mereka ditahan dalam operasi yang akan dilancarkan di seluruh negeri.
Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar, DSP Chuah Seong Lim berkata, operasi oleh Ibu Pejabat Polis Kontijen Kedah akan dilancar serentak bagi memburu pesalah trafik yang masih liat untuk membayar saman.
''Operasi tiga jam di Jalan Sultanah Sambungan hari ini berjaya kesan 161 pesalah yang mempunyai saman tertunggak.
''Ada pesalah yang ditahan memiliki 18 saman tertunggak dan ada antara mereka yang langsung tidak menyedari mereka mempunyai saman trafik,'' katanya.
Seong Lim berkata demikian selepas mengetuai sekatan jalan raya yang melibatkan 14 anggota bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.45 tengah hari di sini, hari ini
Beliau menambah, operasi besar-besaran ini akan menggunakan kamera i-Cops yang membolehkan butiran setiap kenderaan dianalisa serta merta bagi mengesan pesalah dengan saman tertunggak.
''Kita hendak kesan saman-saman lampau yang belum dijelaskan lagi. Selain itu kita akan meluaskan sekatan operasi sebegini bagi mengurangkan kadar kemalangan maut,'' ujarnya.
Mereka yang mempunyai saman katanya, diberi peluang memperbaharui saman agar mereka boleh membayar kompaun atau menghadirkan diri ke mahkamah.
Topic Berkaitan
#DSP Chuah Seong Lim
#i-Cops
#mahkamah
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan