awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan laksana pengawasan rumah kontak rapat kes import COVID-19

Bernama
Bernama
21/05/2020
11:02 MYT
Polis Kelantan laksana pengawasan rumah kontak rapat kes import COVID-19
HASANUDDIN: Polis akan membuat pemantauan secara berkala bagi memastikan kontak rapat ini tidak keluar rumah dalam masa 14 hari ini sehingga mereka benar-benar disahkan negatif COVID-19.
Polis Kelantan akan melaksanakan pengawasan rumah terhadap 30 kontak rapat kes import COVID-19 yang dikesan berlaku di negeri ini sejak semalam.
Ketua Polis Negeri, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata langkah itu diambil bagi mengelak mereka melakukan perjalanan ke tempat lain dalam tempoh 14 hari selepas ujian dijalankan.
"Polis akan membuat pemantauan secara berkala bagi memastikan kontak rapat ini tidak keluar rumah dalam masa 14 hari ini sehingga mereka benar-benar disahkan negatif COVID-19.
"Selain itu, pengawasan juga akan dilakukan di taman perumahan di mana kes import tersebut dikesan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Peringkat Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.
Semalam, seorang wanita mengandung dikesan positif COVID-19 di Kuala Krai, selepas pulang dari Kuala Lumpur untuk bersalin di kampung halaman.
Dalam pada itu, Hasanuddin berkata pihaknya telah melaksanakan pemeriksaan dari rumah ke rumah bermula semalam dan telah diberi kuasa oleh Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan kompaun kepada pesalah.
"Mana-mana rumah yang berada dalam keadaan curiga kita akan ketuk dan periksa dan jika lakukan kesalahan kita akan kompaun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hasanuddin Hassan
#Kelantan
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#polis
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan