awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti identiti mangsa dikhuatiri lemas di Tasik Gubir

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
03/01/2023
01:10 MYT
Polis kenal pasti identiti mangsa dikhuatiri lemas di Tasik Gubir
Operasi mencari dan menyelamat yang ditangguhkan 7.30 petang semalam disambung semula 8 pagi tadi oleh pasukan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam. - Foto PDRM
SIK: Polis telah mengenal pasti identiti mangsa yang dikhuatiri lemas dibawa arus di Tasik Gubir, di sini, petang semalam.
Mangsa, Muhammad Amirul Akmal Rashid, 29 tahun, dikatakan dibawa arus deras di sebuah pulau ketika meniti tebing untuk ke darat.
Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 5.30 petang oleh seorang lelaki yang juga rakan mangsa.
Menurut beliau, mangsa bersama tujuh rakan lain pergi ke tasik itu pada Ahad untuk memancing.
BACA: Pemancing dikhuatiri lemas di Tasik Gubir
Namun pada awal pagi Isnin, mangsa bersama lima rakan lain menaiki bot untuk memancing di kawasan tasik, meninggalkan dua rakan lain di kawasan perkhemahan.
“Jam 1.30 petang, mereka berenam kembali ke kawasan tapak perkhemahan untuk menjala ikan di tepi sungai tersebut.
Foto PDRM
Foto PDRM
“Sewaktu mangsa turun dari bot menuju ke tapak perkhemahan melalui laluan sungai, tiba-tiba air sungai telah bertukar deras dan laju, menyebabkan mangsa dan rakan lain panik dan cuba melarikan diri ke tebing sungai.
“Ketika itu mangsa tidak sempat sampai ke tebing dan hanyut dibawa arus deras,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Foto PDRM
Foto PDRM
Abdull Razak berkata, operasi mencari dan menyelamat terpaksa ditangguhkan jam 7.30 petang semalam berikutan cuaca gelap dan berisiko kepada pasukan penyelamat.
Operasi disambung semula jam 8 pagi tadi oleh pasukan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam.
Topic Berkaitan
#mangsa
#lemas
#Tasik Gubir
#Muhammad Amirul Akmal Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan