awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3,164 sekolah kurang murid dikesan setakat November 2025 - Wong
Perkemas pengurusan tanah perkuburan Islam demi kelestarian tanah wakaf - Raja Muda Perlis
Keputusan STAM diumum 5 Feb - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan dua suspek terlibat kejadian letupan kedai

Bernama
Bernama
01/09/2025
06:36 MYT
Polis kesan dua suspek terlibat kejadian letupan kedai
Abang Zainal Abidin berkata dalam kejadian itu, dua lelaki menaiki sebuah motosikal dipercayai meletakkan satu objek dipercayai bahan letupan di hadapan premis terbabit sebelum beredar. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Polis sedang menjejaki dua suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian letupan di sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana di sini, awal pagi semalam.

Ringkasan AI
  • Polis buru dua suspek menaiki motosikal yang dipercayai meletakkan bahan letupan di hadapan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, Ipoh pada awal pagi Ahad.
  • Letupan berpunca daripada bahan letupan berkuasa rendah (pyrotechnic flash bang grenade stun) yang bertujuan menakut-nakutkan, bukan mencederakan; tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957; polis minta orang awam salur maklumat kepada IPD Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata dalam kejadian pada 4.58 pagi itu, dua lelaki menaiki sebuah motosikal dipercayai meletakkan satu objek dipercayai bahan letupan di hadapan premis terbabit sebelum beredar.
"Letupan itu menyebabkan kerosakan pada pintu roller shutter dan lantai hadapan premis namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
"Sebuah kedai bersebelahan turut mengalami kerosakan kecil pada papan tanda dan dinding," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abang Zainal berkata pengadu, seorang wanita tempatan berusia 43 tahun dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jirannya selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Pemeriksaan awal oleh Unit Siasatan Pasca Letupan (PBI) dan Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengesahkan letupan berpunca daripada penggunaan bahan letupan jenis berkuasa rendah (pyrotechnic flash bang grenade stun).
"Bahan letupan ini bukan bertujuan mencederakan atau membunuh sebaliknya digunakan untuk menakut-nakutkan dan menyebabkan kerosakan," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.
Polis turut meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus kepada Pegawai Penyiasat Insp Mohamad Al Hakim Al Balkhis di talian 011-1125 6246 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#kedai
#Panorama Lapangan Perdana
#Ipoh
#suspek dijejaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan