awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan kanak-kanak bukan warganegara tular minta sedekah

Bernama
Bernama
06/01/2022
09:42 MYT
Polis kesan kanak-kanak bukan warganegara tular minta sedekah
Saiful Annuar berkata berdasarkan video yang tular berkenaan, kejadian itu dipercayai berlaku di ibu negara. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan kanak-kanak yang dipercayai bukan warganegara meminta sedekah di jalanan, ekoran beberapa video tular di media sosial, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Saiful Annuar Yusoff berkata berdasarkan video berkenaan, ia dipercayai berlaku di ibu negara.
Beliau berkata beberapa peruntukan undang-undang boleh diambil, antaranya Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mana-mana individu yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak membenarkannya bagi mengemis, menerima sedekah, adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
"Peruntukan undang-undang juga boleh diambil di bawah Seksyen 283 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan, atau meninggalkan daripada menjalankan aturan dalam milikannya atau di bawah jagaannya, menyebabkan bahaya kepada seseorang hendaklah dihukum denda yang sehingga RM400.
"Selain itu, peruntukan boleh diambil di bawah Seksyen 27 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Peminta-peminta sedekah) iaitu sesiapa yang meminta sedekah di tempat awam dan boleh mencari pekerjaan sah untuk hidup, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100 atau dipenjarakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Saiful Annuar berkata pihaknya memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan, yang melanggar undang-undang.
"Polis juga menyeru kepada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak Rohingya
#minta sedekah
#samseng
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan