awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan kumpulan lelaki main meriam karbaid tepi jalan raya

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/04/2022
16:20 MYT
Polis kesan kumpulan lelaki main meriam karbaid tepi jalan raya
Video berdurasi 2 minit 20 saat itu dimuat naik di halaman Twitter Malaysia Most Viral. - Ihsan pembaca/media sosial
BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan dan mengesan sekumpulan lelaki yang bermain meriam karbaid di tepi jalan raya.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ( SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad siasatan dibuat selepas insiden berkenaan tular di media sosial yang mengundang pelbagai reaksi orang ramai khususnya warga net.
Shafee berkata, siasatan pihak polis mendapati kumpulan lelaki berkenaan melakukan aktiviti tersebut di Jalan Permatang Rawa di Bukit Mertajam.
“Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam video tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, rakaman memaparkan sekumpulan lelaki sedang bermain meriam karbaid di tepi jalan raya dan menyebabkan berlaku gangguan bising kepada penduduk setempat .
Video berdurasi 2 minit 20 saat itu dimuat naik di halaman Twitter ‘Malaysia Most Viral’.
Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak bermain mercun atau meriam karbaid sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri kerana ia suatu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Sabit kesalahan boleh di hukum penjara 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#meriam karbaid
#meriam buluh
#sekumpulan lelaki
#tepi jalan raya
#polis daerah Seberang Perai
#Tular
#media sosial
#Jalan Permatang Rawa
#Bukit Mertajam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan