awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan lelaki warga asing hendap pekerja kedai serbaneka

Bernama
Bernama
25/07/2023
03:12 MYT
Polis kesan lelaki warga asing hendap pekerja kedai serbaneka
Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing disyaki menghendap seorang pekerja kedai serbaneka di Taman Sri Serdang, Kuala Lumpur seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing disyaki menghendap seorang pekerja kedai serbaneka di Taman Sri Serdang, dekat sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A. Anbalagan berkata, suspek dikatakan sering memerhati dan mengganggu wanita itu di tempat kerja termasuk pada 22 Julai lepas kira-kira 11 pagi.
Katanya kejadian hendap itu dipercayai telah bermula sejak awal tahun ini dan menyebabkan emosi pengadu terganggu serta bimbang akan keselamatan dirinya.
"Difahamkan suspek bekerja sebagai pencuci kereta berhampiran tempat pengadu bekerja.
"Suspek dikatakan telah berpindah tempat kerja baharu pada April lepas tetapi masih datang mengganggu pengadu di tempat kerja," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anbalagan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan atas kesalahan menghendap yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki warga asing
#hendap pekerja
#Kedai Serbaneka
#Taman Sri Serdang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan