awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu kereta Proton pandu secara berbahaya

Sinar Harian
Sinar Harian
02/06/2023
15:30 MYT
Polis kesan pemandu kereta Proton pandu secara berbahaya
Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Proton yang memandu secara berbahaya sehingga bergesel dengan sebuah kereta Mitsubishi di Jalan Sengkang-Inas sebagaimana tular di laman sosial. - Sinar Harian
KULAI: Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Proton yang memandu secara berbahaya sehingga bergesel dengan sebuah kereta Mitsubishi di Jalan Sengkang-Inas sebagaimana tular di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian kemalangan yang dipercayai berlaku pada jam 5 petang Khamis itu.
"Siasatan dilakukan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton dari arah bertentangan telah masuk ke laluan kereta Mitsubishi yang sedang bergerak lurus menghala ke Bandar Tenggara.
"Akibat kejadian itu kereta Mitsubishi telah bergesel, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beng Yeow berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebelum itu, tular video berdurasi 30 saat memaparkan sebuah kereta Proton yang dipandu berada di belakang sebuah lori dalam cubaan memotong namun tidak berjaya.
Kereta tersebut kemudiannya bergesel dengan sebuah kereta Mitsubishi di laluan bertentangan dan terus berlalu pergi.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu kereta Proton
#pandu secara bahaya
#Polis Daerah Kulai
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan