awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan sekumpulan lelaki terlibat samun bersenjata

Bernama
Bernama
28/10/2025
14:52 MYT
Polis kesan sekumpulan lelaki terlibat samun bersenjata
Polis sedang giat mengesan sekumpulan lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai makan di Sungai Jarom, Kuala Langat petang semalam. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom
SHAH ALAM: Polis sedang giat mengesan sekumpulan lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai makan di Sungai Jarom, Kuala Langat dekat sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berumur 48 tahun yang juga peniaga kedai makan kira-kira 7 malam, yang mendakwa telah disamun sekumpulan lelaki bersenjatakan sebilah parang.
Beliau berkata dalam kejadian itu, tiga suspek yang menutup muka dan bertopeng memasuki kedai itu sebelum bertindak melarikan beberapa barang kemas milik pengadu.
"Suspek masuk ke dalam kedai, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta dan telah mengambil seutas rantai leher emas milik suami pengadu serta dua utas rantai emas dan dua bentuk cincin emas milik pengadu.
"Pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerugian dianggarkan RM10,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Akmalrizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu, yang dipercayai berlaku di sebuah kedai makan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis kesan
#samun bersenjata
#sekumpulan lelaki
#Sungai Jarom Kuala Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan