awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis KL, Selangor perketat SJR elak rentas negeri tanpa kebenaran

Bernama
Bernama
07/05/2021
13:25 MYT
Polis KL, Selangor perketat SJR elak rentas negeri tanpa kebenaran
Polis Kuala Lumpur dan Selangor hari ini memperketat kawalan sekatan jalan raya (SJR) di setiap plaza tol berikutan pelaksanaan PKP 3.0. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur dan Selangor hari ini memperketat kawalan sekatan jalan raya (SJR) di setiap plaza tol berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya sembilan SJR di sekitar ibu negara, tidak termasuk Putrajaya.
"Putrajaya ada empat SJR maka untuk Kuala Lumpur, kami menyasarkan sekurang-kurangnya sembilan SJR dan kita akan mula melaksanakannya esok," katanya kepada Bernama hari ini.
Bagi jumlah petugas yang diperlukan, beliau berkata perkara itu akan dilihat dari semasa ke semasa memandangkan pihaknya akan memperoleh bantuan daripada beberapa agensi keselamatan lain.
BACA: PKP dilaksanakan di enam daerah di Selangor berkuat kuasa 6 Mei
BACA: PKP di Kuala Lumpur mulai 7 Mei hingga 20 Mei
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed pula berkata setakat ini, pihaknya melaksanakan kira-kira 50 hingga 70 SJR di sekitar Selangor bagi memastikan pengguna jalan raya tidak curi-curi merentas negeri kecuali mereka yang mempunyai kebenaran.
"Kalau mana-mana yang tiada kebenaran itu kita akan suruh mereka patah balik. Macam semalam, kebenaran telah diberikan (kepada mereka) yang ingin ambil anak dari sekolah berasrama," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Kuala Lumpur
#KL
#Selangor
#SJR
#kawalan
#rentas negeri
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan