KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menerima sejumlah 400,000 laporan bagi tempoh Januari hingga November tahun ini membabitkan kesalahan jenayah, narkotik dan komersial.
Daripada jumlah itu, kira kira 67 peratus berjaya dituduh di mahkamah.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kejayaan itu sekali gus menjadikannya kontinjen yang paling tinggi jumlah pertuduhan.
"Sebagai ketua, saya bangga kerana JSJ KL telah berjaya mencatat 67 peratus kadar pertuduhan ke atas aduan yang dirujuk.
"JSJK mencatat 73 peratus, JSJN mencatat 97 peratus kadar pertuduhan.
"Sehingga hari ini, Polis KL mencatat pertuduhan tertinggi berbanding kontinjen di seluruh negara dan tentu sahaja untuk kekalkan prestasi ini bukan mudah," kata Azmi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Sukan Polis Kuala Lumpur dan Bersama Rakan Media Tahun 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada 9,200 pegawai dan anggota polis Kuala Lumpur di atas komitmen mereka menguruskan kesemua laporan yang diterima sepanjang tahun ini.
Beberapa wakil media yang sentiasa menjadi medium komunikasi polis turut diberi penghargaan pada malam berkenaan.
Terdahulu pada majlis berkenaan, beliau menyampaikan anugerah kepada olahragawan dan olahragawati terbaik sukan Polis Kuala Lumpur.
Majlis apresiasi berkenaan julung kali diadakan di peringkat kontinjen dan Polis Diraja Malaysia melibatkan 700 atlet polis bagi 25 acara yang dipertandingkan.
Astro Awani
Sat Dec 10 2022

Kejayaan itu sekali gus menjadikan kontinjen Polis KL paling tinggi jumlah pertuduhan di mahkamah sebanyak 67 peratus berbanding kontinjen lain.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.
Kumpul berjuta pensel, dinding kedai umpama lukisan berwarna-warni
Menurut al-Mandalawi, sejak muda dia menggunakan wang gajinya untuk membeli pensel dan kini berusia 56 tahun, tidak hairanlah koleksinya kini sudah berjuta.
Konflik Rusia-Ukraine: 85 bilion Euro bantuan termasuk ketenteraan kepada Ukraine
Kesatuan Eropah telah menyalurkan bantuan bernilai 85 bilion Euro kepada Ukraine sejak konflik Rusia-Ukraine bermula pada Februari tahun lalu.

Polis yakin suspek kes tiga mayat ditemukan bertindan masih di Malaysia
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, semakan yang dilakukan polis mendapati tiada rekod kedua-dua suspek keluar dari negara.

Perhimpunan: Polis sedang teliti rakaman, akan panggil individu bawa kanak-kanak - Allaudeen
Polis sedang mengenal pasti individu-individu yang membawa kanak-kanak bersama-sama menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia, di ibu negara Sabtu lalu.

Tun Faisal, Dr Afif antara 25 individu dipanggil polis berhubung perhimpunan - Allaudeen
Polis membuka kertas siasatan berhubung Himpunan Selamatkan Malaysia yang berarak lebih dua kilometer dari Kampung Baru ke pusat beli belah Sogo pada Sabtu.

Empat suspek kes rogol bergilir didakwa pada Rabu
Kesemua mereka akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Lima lelaki termasuk abang ipar ditahan, polis berjaya selesaikan kes rogol bergilir
Kesemua empat suspek yang diberkas antara Khamis hingga Sabtu itu ditahan reman sehingga 13 September ini.

Lelaki rogol anak tiri sejak mangsa berusia 13 tahun ditahan
Seorang penghantar barang ditahan polis selepas dipercayai merogol anak tirinya, sejak remaja itu berusia 13 tahun, tiga tahun lalu.

Gagal dikesan, polis senarai hitam tertuduh kes rogol - Anbalagan
Polis menyenaraihitamkan seorang tertuduh kes rogol selepas lelaki itu gagal dikesan untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan kes itu, dua bulan lalu.

KPN sahkan Interpol senarai merah menantu Muhyiddin, peguam
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudi Husain mengesahkan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Muhammad Adlan Berhan dan seorang peguam Mansoor Saat sudah disenaraikan notis merah.

22 jalan ditutup sementara sempena Hari Kebangsaan - Polis
Penutupan jalan itu akan bermula dari pukul 5 pagi hingga 11 pagi.

Polis tumpas kegiatan dadah didalangi wanita Thailand, rampas dadah bernilai RM520,000
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah syabu didalangi seorang wanita Thailand berusia 30 tahun, yang menjadikan sebuah kereta sebagai stor simpanan dalam tiga serbuan berasingan.