awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kuantan tubuh pasukan pemantau SOP

Bernama
Bernama
16/10/2021
20:58 MYT
Polis Kuantan tubuh pasukan pemantau SOP
Wan Mohd Zahari (depan, kanan) memeriksa sijil digital lengkap dos vaksin COVID-19 seorang pemandu ketika meninjau Op Bersepadu Pematuhan SOP fasa 4 PPN di Plaza Tol Gambang, 16 Okt, 2021. --fotoBERNAMA
KUANTAN: Polis Kuantan menubuhkan 14 pasukan pemantau bagi melakukan tinjauan di kawasan tumpuan orang ramai di daerah ini agar mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata penubuhan pasukan itu dibuat susulan Pahang telah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kebenaran aktiviti rentas negeri.
"Pasukan berkenaan akan melakukan pemantauan di kawasan tumpuan seperti tempat pelancongan, riadah, premis perniagaan bagi memastikan segala SOP ditetapkan dipatuhi," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan Op Bersepadu di kawasan Rehat dan Rawat (RR) Gambang Lebuhraya Pantai Timur di sini, semalam yang menyaksikan sebanyak 22 saman had laju telah dikeluarkan manakala 104 saman lagi membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya lain.
Wan Mohd Zahari berkata susulan rentas negeri dibenarkan bermula 11 Okt lepas, turut berlaku peningkatan aliran trafik kira-kira 50 peratus.
"Polis turut menempatkan anggota di pintu masuk daerah Kuantan yang akan melakukan pemeriksaan secara rawak bagi memastikan individu yang memasuki negeri ini lengkap divaksin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis Kuantan
#Wan Mohd Zahari Wan Busu
#pasukan pemantau
#patuh SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan