PASIR SALAK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip bayaran saman sebanyak RM440,350 sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato' Sagor, Kampung Gajah, di sini, dalam masa tiga hari.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Barudin Wariso berkata, orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut bermula Jumaat.
Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 3,834 pelbagai saman dibayar di kaunter polis yang disediakan khas kepada pengunjung.
“Sebanyak RM85,480 bayaran dikutip pada hari pertama membabitkan 747 saman dan RM172,340 bagi 1,440 saman pada hari kedua.
“Hari terakhir pada hari ini merekodkan kutipan paling tinggi iaitu sebanyak RM182,530 membabitkan 1,647 pelbagai saman trafik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak di Litar Dato' Sagor, di sini, pada Ahad.
Majlis Perasmian Penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Barudin berkata, pembayaran saman tersebut bukan sahaja melibatkan penduduk setempat di Perak tetapi turut membabitkan masyarakat luar Perak seperti dari Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor.
Menurutnya, pengurangan saman itu tidak ditawarkan bagi saman seperti kemalangan, tidak boleh kompaun (NC), kesalahan berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan saman berstatus waran tangkap.
Selain itu, saman berkaitan ubahsuai ekzos, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat merah, memotong secara berbahaya, menggunakan lorong kecemasan serta saman yang dikeluarkan ketika Op Selamat tidak termasuk di dalam pengurangan tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 03 2022
Orang ramai mengambil kesempatan membayar saman susulan diskaun saman 50 peratus PDRM diberikan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak di Litar Dato' Sagor, di sini, pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Mahkamah tetapkan 17 Mei dengar rayuan batal saman LFL
Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin yang mewakili kerajaan dan Peguam Negara mengesahkan tarikh pendengaran berkenaan.
Tiada saman pemandu buat 'u-turn' di LTU Raub - KPN
Tiada tindakan saman dikenakan terhadap pemandu kenderaan melakukan pusingan U serta melawan arus di laluan keluar Raub, Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bypass Raub.
178 ditahan dalam operasi samseng jalanan
Polis menahan 178 individu membabitkan 143 motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang Ipoh.
Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari
Jumlah notis saman yang dikeluarkan itu adalah 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.
Kumpulan Aras Niaga Berhad saman Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah RM310 juta
Writ saman yang difailkan 25 Mac lepas menamakan SSI Kedah, Pengurus Besar SSI Kedah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai defendan.
12 bas ekspres disaman tiada pemandu kedua
12 bas ekspres disaman dalam operasi penguatkuasaan JPJ Pulau Pinang kerana tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer.
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
Apple disaman kerana isu menghendap guna AirTag
Apple dituduh memasarkan AirTag tanpa meletakkan ciri keselamatan yang mencukupi bagi mengelakkan ia disalahgunakan bagi tujuan menghendap.
Op Khas kenderaan perdagangan, JPJ keluarkan 177 saman
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 177 saman terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan dan pelbagai kesalahan lain dalam Op Khas.
Mbappe bengang kerana kebab?
Satu surat saman menuntut seorang pempengaruh mengeluarkan nama Mbappe daripada menu kebabnya dalam tempoh lapan hari.