awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Marin gagalkan cubaan seludup anak lotong di Mersing

Bernama
Bernama
08/04/2022
09:24 MYT
Polis Marin gagalkan cubaan seludup anak lotong di Mersing
Semua rampasan dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah Dua Mersing dan kes kemudian diserahkan kepada Pengawai Penyiasat Jabatan Perhilitan Mersing untuk tindakan lanjut. - Facebook Pasukan Polis Marin Wilayah Dua
MERSING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Mersing berjaya menggagalkan cubaan menyeludup tiga ekor anak lotong selepas memeriksa sebuah kereta di Jalan Dr Ismail di sini, semalam.
Komander PPM Wilayah Dua ACP Muhd Zailani Abdullah berkata bertindak atas maklumat orang awam, pihaknya bersama anggota Balai Polis Mersing memeriksa kereta itu yang sedang diparkir di lokasi berkenaan.
"Pemeriksaan menemukan tiga ekor anak lotong di dalam sebuah sangkar plastik yang diletakkan di bahagian belakang tempat duduk penumpang.
"Kita (PPM) juga menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang merupakan pemilik kereta berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhd Zailani berkata semua rampasan dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah Dua Mersing dan kes kemudian diserahkan kepada Pengawai Penyiasat Jabatan Perhilitan Mersing untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata anak lotong dianggar dijual di pasaran pada harga RM500 seekor.
Katanya orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan menyalahi undang-undang menerusi talian 07-2372 222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup
#haiwan liar
#anak lotong
#polis marin
#Mersing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan