MELAKA TENGAH: Polis Melaka merampas 35,970 liter minyak diesel bersubsidi untuk pasaran gelap bernilai kira-kira RM302,535 dalam serbuan di sebuah stor simpanan haram di Kawasan Perindustrian Krubong, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu pihaknya turut menahan tiga penjaga stor termasuk dua warga asing berusia antara 32 hingga 50 tahun ditahan.
Beliau berkata, serbuan yang dilakukan hasil maklumat awam itu mendapati modus operandi sindiket terbabit ialah dengan membeli minyak diesel dari stesen-stesen minyak di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan dengan menggunakan lori tiga tan yang diubah suai.
“Pihak polis turut merampas sebuah lori tiga tan, lima unit tangki, empat set pam minyak dan lima set hos lutsinar yang disyaki diguna pakai bagi kegiatan berkenaan.
“Kita dapati minyak-minyak tersebut turut dijual kepada peraih dengan harga lebih murah daripada harga pasaran biasa iaitu RM2.15 seliter," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas lanjut, ujarnya, tangkapan terhadap sindiket yang dipercayai aktif beroperasi sejak dua bulan lalu itu dilakukan sepasukan anggota dari cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen, (IPK) Melaka.
Tambah beliau, ketiga-tiga suspek terbabit kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Kes berkenaan katanya, disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Sabit kesalahan boleh didenda RM1 juta bagi individu atau tiga tahun penjara manakala denda sehingga RM5 juta dikenakan terhadap syarikat atau organisasi yang terbabit dengan kesalahan itu.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Sep 02 2022

Lori yang digunakan oleh sindiket untuk menjual minyak diesel bersubsidi untuk pasaran gelap bernilai kira-kira RM302,535 yang dirampas oleh polis Melaka. - Ganbar ihsan PDRM

Landasan bengkok: DBKL arah projek berhampiran stesen LRT Bandaraya dihentikan
Ini susulan projek berkenaan dikhuatiri menyebabkan penjajaran landasan bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya sehingga mencetuskan gangguan kepada perkhidmatan tersebut.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Niaga AWANI: Keselamatan Makanan | Apa yang harus ada dalam Bajet 2023?
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman.

Roslin Hashim sedia bantu Zii Jia
Roslin berkata, dia tiada sebarang halangan bagi membantu Zii Jia keluar daripada kemerosotan prestasi sejak kebelakangan ini.

Pantau Kerajaan Baharu: Dinamika Hubungan Malaysia - Singapura
Membincangkan mengenai lawatan pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura hari ini. Ikuti perbincangannya bersama Pakar Sejarah Asia Tenggara, Prof Dr Syed Khairuddin Al-Juned.

Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan
Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

Isu 'sedekah' pengundi: Amanah gesa SPRM percepat siasatan
Kes berkenaan harus disiasat secara telus susulan rakaman video bersumpah penerima wang untuk mengundi Pas sudah berlegar lebih sebulan lalu.

Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ
Bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.

Polis Melaka rampas 35,970 liter diesel subsidi untuk pasaran gelap
Diesel dibeli dari stesen-stesen minyak di Melaka dan Negeri Sembilan dengan menggunakan lori tiga tan yang diubah suai sebelum dijual.
Polis Marin rampas diesel subsidi bernilai hampir RM100,000
Polis Marin berjaya menggagalkan cubaan menyeludup diesel subsidi bernilai hampir RM100,000 yang dibawa di dalam sebuah lori tangki.