MELAKA: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan terbesar di Melaka tahun ini susulan penahanan tiga lelaki tempatan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM6.94juta dalam dua serbuan berasingan, Sabtu lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka bersama Peronda Lebuh Raya (EMPV) serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berjaya memintas kereta jenis Volkswagen Passat di Kilometer 206 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan.
"Dalam serbuan kira-kira jam 2.45 petang itu, polis menahan suspek berusia 27 tahun itu selain menemukan dadah jenis syabu seberat 10.39 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM342,943 di tempat duduk belakang dan but kereta terbabit.
"Hasil soal siasat suspek tersebut, dua lagi suspek lelaki berusia 46 dan 51 tahun ditahan pada kira-kira jam 8.30 malam di sebuah rumah di Jinjang, Kuala Lumpur yang dijadikan stor simpanan dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini.
Mengulas lanjut ,Zainol berkata hasil pemeriksaan di rumah terbabit polis telah menemukan pil ekstasi seberat 67kg, pil erimin 5 (103,700 biji) dan 26kg syabu dalam bungkusan teh Cina dengan anggaran keseluruhan bernilai lebih RM6.6 juta.
Beliau berkata hasil siasatan awal juga mendapati sindiket tersebut dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun 2022 dan kesemua dadah yang dirampas itu bagi pasaran dalam dan luar negara yang boleh digunakan untuk seramai 508,994 penagih.
"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas tiga lelaki itu mendapatidua daripadanya positif dadah jenis methamphethamine dan turut rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
"Selain itu polis turut menyita harta yang dirampas daripada suspek tersebut antaranya kereta Volkswagen, wang tunai, barang kemas dan jam tangan mewah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM177,000," katanya.
Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan telah direman selama tujuh hari bermula 19 hingga 25 Nov dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Zainol berkata hasil siasatan awal juga mendapati sindiket tersebut dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun 2022. - Gambar FB Polis Melaka

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.
12 minggu bersaing, juara milik siapa?
Malam penentu, siapakah bakal muncul juara All Stars Gegar Vaganza. Asyraf Roslan berikan analisis awal mengenai peluang setiap finalis.

Kerajaan terus komited bangunkan belia - TPM
Kerajaan Perpaduan terus komited memberi tumpuan khusus kepada golongan belia bukan sahaja di bandar tetapi menjangkau ke kawasan desa dan pendalaman di seluruh negara.
Laporan Khas: Penduduk bimbang keselamatan keluarga
Apartment Idaman, Damansara Damai menjadi tumpuan pihak polis dan media sejak penemuan mayat kanak-kanak Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang disahkan meninggal akibat dibunuh.
Forensik masuk kediaman mangsa, kumpul sampel DNA
Polis meneruskan usaha mengesan petunjuk baharu dengan mengambil bukti dan sampel DNA dari rumah mangsa Zayn Rayyan yang mati dibunuh.

'Buat ujian saringan kepada pelancong China'
Ia susulan terdapat laporan mengenai peningkatan penyakit berkaitan pernafasan dan radang paru-paru melibatkan kanak-kanak di China.

Polis Melaka tumpas sindiket pengedaran dadah dengan nilai terbesar RM6.94 juta tahun ini
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan terbesar di Melaka tahun ini susulan penahanan tiga lelaki tempatan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM6.94juta.

Lakukan saringan penyakit kardiovaskular seawal 30-an, elak komplikasi kekal
Ujian saringan penyakit kardiovaskular perlu dijalankan seawal usia 30-an, mengambil kira kadar kelaziman kes penyakit tiga serangkai kini, semakin meningkat pada usia muda.

Polis rampas dadah bernilai RM398,600 di Tanah Merah
Polis merampas 36,200 biji pil yaba dan 183 gram syabu bernilai RM398,600, dalam dua serbuan berasingan sempena Ops Tapis di sini, semalam.

Lelaki positif dadah ditahan selepas memandu secara berbahaya
Polis menahan seorang lelaki dipercayai positif dadah jenis methamphetamine yang memandu kereta secara melulu dan berbahaya kerana hendak melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

66 ditahan positif dadah dalam operasi khas pusat hiburan
Polis menahan 66 individu termasuk 17 warga asing atas pelbagai kesalahan dadah dalam operasi khas pusat hiburan di daerah Timur Laut dan SPT bermula semalam hingga awal hari ini.

Individu tidak sihat disaran tangguh perjalanan balik kampung - Pakar Kesihatan
Individu yang tidak sihat terutama pesakit COVID-19 dan ingin pulang beraya ke kampung dinasihatkan untuk menangguhkan dulu perjalanan buat sementara waktu bagi mengelakkan jangkitan.

China buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing
China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menghapuskan dasar "toleransi sifar" terhadap jangkitan COVID-19.

Sindiket edar dadah di Kamunting tumpas, dua suspek ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis pil yaba selepas menahan dua suspek di sebuah rumah di kawasan Kamunting, di sini malam tadi.

Polis berkas suami isteri aktif edar dadah di Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri itu selepas menahan sepasang suami isteri dalam serbuan di Gelugor.