Polis Pulau Pinang akan meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan lapan individu warga asing dalam pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata beliau akan meminta bantuan Bukit Aman untuk berhubung dengan Interpol negara asal lapan individu terbabit.
"Minta mereka mohon bantuan Interpol luar negara bagi kesan lapan individu dari Singapura, Myanmar, India dan Filipina itu bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Program Konvoi Kembara Sejahtera Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.
Semalam, polis dalam satu sidang akhbar menyatakan sudah mengenal pasti tujuh rakyat tempatan adalah antara 15 individu yang terbabit dalam pesta itu.
Pesta itu mula diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Penang' tersebar secara meluas di laman sosial, yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di Pantai Teluk Kampi.
Abdul Rahim berkata pihaknya kini mengesan tujuh individu tempatan berusia 20 hingga 50-an yang terlibat dalam pesta itu, dan jika masih gagal, polis akan mendedahkan wajah serta identiti mereka.
Beliau berkata setakat ini, pihaknya merekod keterangan 13 individu yang mempunyai maklumat berkaitan pesta itu, termasuk peronda yang bertugas ketika kejadian, bagi membantu siasatan.
Polis juga, katanya, sudah mengenal pasti penganjur pesta berkenaan iaitu seorang individu tempatan berusia 50-an dan usaha mengesannya giat dijalankan.
"Saya tidak boleh dedahkan identitinya sekarang ini kerana polis sedang mengesan beliau, cuma kami boleh maklumkan dia seorang warga tempatan yang merupakan seorang daripada 15 yang telah dikenal pasti itu dan bertindak sebagai penganjur serta peserta pesta berkenaan," katanya.
Abdul Rahim berkata selain itu, polis mengenal pasti individu yang dipercayai merakam serta memuat naik video pesta berkenaan ke laman sosial.
"Untuk makluman, polis berjaya mengesan siapa yang memuat naik video berkenaan dan dia adalah seorang daripada peserta yang juga bertindak merakam semua aktiviti pesta berkenaan serta dipercayai individu berkenaan adalah warga asing," katanya sambil menambah setakat ini, 14 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan penganjuran pesta itu.
Bernama
Thu Aug 07 2014
Polis minta bantuan Interpol kesan peserta pesta bogel
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
Polis kenal pasti dalang muat naik video wanita menari separuh bogel atas tong di Pulau Perhentian
Polis Terengganu telah mengenalpasti individu yang memuat naik video pesta separuh bogel di sebuah pulau peranginan baru-baru ini.
Tiada pesta bogel di pesisir Sungai Melaka
Ia susulan rakaman satu klip video sekumpulan warga asing berseronok dalam keadaan berbogel sehingga klip itu menjadi tular di laman Facebook sejak semalam.
Kes empat individu bogel disebut semula 19 Mac
Kes empat individu yang didakwa menyertai pesta bogel di Teluk Kampi akan disebut semula pada 19 Mac.
Pesta bogel: 17 Dis sebutan semula kes empat individu
Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.
Lima individu direman berhubung pesta sukan bogel
Lima individu termasuk seorang lelaki Singapura direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi.
Pesta bogel: Wanita dari Perak dipanggil bantu siasatan
Wanita berusia 24 tahun yang juga pekerja swasta di Kuala Lumpur dipanggil ke IPD Barat Daya Sabtu lalu sebelum dibebaskan selepas disoal siasat selama dua jam.
Guan Eng mahu bawa Nasruddin ke mahkamah
Lim Guan Eng berkata beliau telah memberi masa mencukupi kepada Nasruddin untuk mohon maaf berhubung kenyataannya tentang kedudukan kewangan kerajaaan negeri dan projek terowong dasar laut.
Polis tahan guru wanita yang menyertai pesta bogel
Seorang peserta wanita yang dipercayai terlibat dalam pesta sukan bogel di Pulau Pinang ditahan polis malam tadi.
Polis minta bantuan Interpol kesan peserta pesta bogel
Polis Pulau Pinang mohon bantuan Interpol untuk kesan 8 individu warga asing yang terlibat dalam pesta bogel di Pulau Pinang.
Tujuh rakyat tempatan antara yang dikenal pasti dalam pesta bogel - Polis
Tujuh rakyat tempatan adalah antara 15 individu yang dikenal pasti dalam pesta sukan bogel yang diadakan di Pulau Pinang.