awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing

Aida Aziz
Aida Aziz
16/05/2024
21:10 MYT
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Safiea Dania Muhamad Zakri, 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak 24 April lalu. - Foto PDRM
IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak 24 April lalu.
Difahamkan, kali terakhir remaja dikenali sebagai Safiea Dania Muhamad Zakri ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, laporan polis berhubung kehilangan remaja itu dibuat oleh ibunya pada 26 April.
Tambahnya, alamat terakhirnya di Lot 60630 Jalan Intan, Kampung Dato' Ahmad Said, di sini.
"Dia keluar dari rumah pada 24 April sekitar 6.45 petang untuk keluar bekerja bersama-sama abang kandungnya.
"Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan kenderaan yang mereka naiki rosak dan abangnya meminta Safiea Dania untuk guna khidmat e-hailing ke tempat kerja.
"Itu merupakan kali terakhir dia ditemui, dan ketika itu dia memang tidak membawa sebarang beg pakaian," katanya dalam kenyataan media pada Khamis.
Abang Zainal Abidin berkata, orang hilang itu memakai baju lengan panjang warna ungu dan seluar serta bertudung hitam.
Jika tidak memakai tudung, rambutnya panjang paras dada berwarna ungu.
Selain itu, tingginya kira-kira 159cm dan berat 56kg serta berkulit cerah.
"Kepada sesiapa yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Anis Safira Roslan di talian 018-7865440.
"Selain itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500, atau tampil di balai polis berhampiran," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#remaja hilang
#e-hailing
#Ipoh
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan