awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta pelabur i-Serve tampil buat laporan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
23/10/2023
03:30 MYT
Polis minta pelabur i-Serve tampil buat laporan
Polis Diraja Malaysia meminta semua pelabur dalam i-Serve yang masih belum membuat laporan untuk tampil berbuat demikian bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram dikaitkan dengan syarikat pelaburan itu.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta semua pelabur dalam i-Serve yang masih belum membuat laporan untuk tampil berbuat demikian bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram dikaitkan dengan syarikat pelaburan itu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, laporan polis perlu dibuat terhadap jumlah pelaburan mereka untuk membantu polis dalam siasatan menyeluruh terhadap i-Serve, QA Partnership, Trillion Cove dan syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline.
"Laporan ini adalah penting untuk membantu siasatan polis selanjutnya. Kerjasama semua adalah sangat dihargai," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Pada Isnin, Astro AWANI melaporkan, seorang lagi suspek disyaki terlibat dengan skandal sebuah syarikat penerbangan ditahan di Bangsar, pada awal pagi Isnin.
Penahanan tersebut menjadikan keseluruhan empat individu dipanggil termasuk seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26,.
Kesemua mereka ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Topic Berkaitan
#i-Serve
#laporan polis
#MYAirline
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan