awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon "Notis Merah" Interpol terhadap editor Sarawak Report

Bernama
Bernama
14/09/2015
13:37 MYT
Polis mohon "Notis Merah" Interpol terhadap editor Sarawak Report
PDRM sedang menyiapkan permohonan semula "Notis Merah" kepada Interpol di Perancis untuk menahan dan mengekstradisi pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown (gambar). -Foto fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiapkan permohonan semula "Notis Merah" kepada Interpol di Perancis untuk menahan dan mengekstradisi pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang melengkapkan permohonan itu bagi membolehkan polis menyiasat laporan berbaur fitnah yang dibuat oleh Rewcastle-Brown.
"Apabila telah lengkap dengan keterangan terhadapnya kita akan merayu semula kepada Interpol untuk letak dia dalam senarai 'Red Alert'," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa di sini hari ini.
Pada 4 Ogos lalu, polis telah memperoleh waran tangkap dari Mahkamah Kuala Lumpur terhadap wanita Britain itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan 124I Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan laporan palsu.
Notis Merah ialah satu notis diedarkan kepada semua keanggotaannya bagi usaha mencari dan menangkap individu yang dikehendaki oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata keterangan daripada warga Switzerland, Xavier Andre Justo akan menjadi asas bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas beberapa individu terlibat dalam komplot menjatuhkan kerajaan.
"Setakat ini kita masih menunggu respons daripada pihak berkuasa Thailand... seperti saya sebut permohonan ini melalui mutual legal assistant (MLA), ada prosedur operasi standard yang perlu melalui Kementerian Luar Thailand, jadi kita tunggu.
"Kita perlu memperkemas siasatan yang penting untuk kita rakam kenyataan Justo dahulu," katanya.
Sebelum ini polis telah membuka kertas siasatan mengikut Kanun Keseksaan bagi menyiasat usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia berikutan pendedahan bekas eksekutif Petro Saudi International Ltd (PetroSaudi), Justo.
Topic Berkaitan
#Clare Rewcastle-Brown
#JUSTO
#Khalid Abu Bakar
#PDRM
#Seksyen 124B Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan