awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis N.Sembilan lupus dadah bernilai hampir RM500,000

Bernama
Bernama
07/11/2023
22:45 MYT
Polis N.Sembilan lupus dadah bernilai hampir RM500,000
Polis Negeri Sembilan komited membanteras penyalahgunaan dadah dan memfokuskan tangkapan pengedar aktif, selain melumpuhkan ekonomi mereka dengan menyita aset yang dimiliki melalui aktiviti menyalahi undang-undang. - Foto Polis Negeri Sembilan
SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM499,611.23 yang dirampas dari 2012 hingga 2022 di seluruh negeri itu.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata ia membabitkan 36,445.41 gram dadah termasuk heroin, methamphetamine, ganja dan ketamin selain 47.3 liter kodien, 586 kilogram daun ketum serta 2,326 liter air ketum.
"Barang kes yang dilupuskan ini merupakan barang kes yang selesai dibicarakan dan masih disimpan di stor eksibit di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di seluruh daerah," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Okt lepas, sejumlah 5,732 kertas siasatan dibuka membabitkan pelbagai kesalahan dadah termasuk di bawah Seksyen 39B, 39A (2), 39A (1) dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Foto Facebook Polis Negeri Sembilan
Foto Facebook Polis Negeri Sembilan
Ahmad Dzaffir berkata pihaknya komited membanteras penyalahgunaan bahan terlarang itu dan memfokuskan tangkapan pengedar yang bergiat aktif di negeri ini, selain melumpuhkan ekonomi mereka dengan menyita aset yang dimiliki melalui aktiviti menyalahi undang-undang.
Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat dalam usaha menghapuskan aktiviti itu dan menasihatkan masyarakat lebih prihatin dengan keadaan sekeliling bagi mencegah sebarang kesalahan berkaitan dadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Negeri Sembilan
#lupus dadah
#kertas siasatan
#rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan