SHAH ALAM: Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kematian 10 remaja lelaki akibat menghisap rokok elektronik atau vape jenis 'magic mushroom' seperti dakwaan yang tular menerusi media sosial pada masa ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata dakwaan tidak berasas itu berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat jika terus disebarkan dengan maklumat yang tidak diketahui kesahihannya.
"Polis dengan tegas menyangkal dakwaan berkenaan dan ia adalah tidak benar.
"Pengguna media sosial diingatkan agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform itu untuk menyebar kandungan tidak sahih sehingga mengakibatkan kegusaran awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ramli turut menasihati masyarakat supaya bersama-sama memantau serta mengambil berat berkaitan tabiat menghisap rokok elektronik dalam kalangan remaja dan belia supaya tidak terjerumus dalam aktiviti yang membahayakan kesihatan.
Pada Sabtu lepas, tular satu video memaparkan temu bual antara dua individu menerusi akaun TikTok mendakwa kematian seorang remaja lelaki akibat magic mushroom dan kematian itu didakwa yang ke-10 dalam daerah Kuala Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata dakwaan tidak berasas itu berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat jika terus disebarkan dengan maklumat yang tidak diketahui kesahihannya. - Gambar fail/PDRM
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Nancy berkata, ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas. Pihaknya kini merancang untuk memasukkan vaksin itu di Bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP).
Polis nafi 10 kematian akibat magic mushroom di Kuala Selangor
Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kematian 10 remaja lelaki akibat menghisap rokok elektronik atau vape jenis 'magic mushroom' seperti dakwaan yang tular menerusi media sosial.
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta
Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM3.22 juta dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Selasa lepas.