SUNGAI PETANI: Polis menafikan dakwaan berlaku kejadian pergaduhan antara kaum di sini seperti yang tular menerusi Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan perkara itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kejadian seperti yang tular berlaku di Sungai Petani. Orang ramai diminta menghentikan serta-merta penyebaran perkara yang tidak benar kerana ia boleh mengguris sentimen masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Pengawal keselamatan parah dilibas pedang meninggal dunia
Zaidy berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di talian 04-4299 222 sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022
Tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan perkara itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat. - Gambar hiasan
Forum Putrajaya 2024: Perkuat diplomasi pertahanan, manfaatkan teknologi baharu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menekankan pentingnya meningkatkan diplomasi pertahanan dan memanfaatkan teknologi baharu untuk menangani ancaman bukan tradisional dan trend yang muncul.
Ancaman keselamatan perlu tindak balas secara kolektif - PM
Cabaran utama ketika ini ialah berinovasi dengan pelbagai cara sebagai benteng negara untuk menghadapi pelbagai ancaman, serta meletakkan asas bagi dunia di mana generasi masa hadapan boleh membangun dalam keamanan, pertahanan yang kukuh dan perkongsian strategik.
Aktiviti Carigali kian pesat, fokus di Sabah dan Sarawak
Penerokaan perairan laut dalam Malaysia dijangka semakin pesat apabila lebih banyak pelaburan ditujukan ke kawasan yang kurang diteroka.
Firma BMI berkata Malaysia telah pun menemui kejayaan dalam pembangunan laut dalam, dan dengan kerajaan memberikan blok air dalam tambahan untuk penerokaan, usaha akan dipergiatkan lagi pada 2024 dan seterusnya.
Firma BMI berkata Malaysia telah pun menemui kejayaan dalam pembangunan laut dalam, dan dengan kerajaan memberikan blok air dalam tambahan untuk penerokaan, usaha akan dipergiatkan lagi pada 2024 dan seterusnya.
Syor Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan diteliti - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan meneliti cadangan menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan.
Pasaran Malaysia stabil bagi suku pertama 2024
Pasaran hartanah Malaysia bagi suku pertama 2024 dilaporkan stabil dengan penurunan suku ke suku sebanyak 1.1% dalam Indeks Permintaan Jualan manakala Indeks Bekalan Jualan turun 4.4%, kata PropertyGuru.
Mahalini dilapor bakal pindah agama, menikah secara Islam dengan Rizky Febian
Proses ini dipercayai sebagai petanda bahawa Mahalini yang pada asalnya beragama Hindu akan mengikuti agama calon suaminya iaitu Rizky Febian.
Johor kini pasaran pusat data terbesar di Malaysia
Laman sumber Baxtel mengklafisikasikan Johor sebagai pasaran pusat data terbesar di Malaysia sekarang, apabila syarikat multinasional (MNC) dengan kehadiran serantau mencurahkan pelaburan ke negeri itu.
Baxtel meletakkan Johor sebagai pasaran pusat data kesembilan terbesar di Asia Pasifik.
Baxtel meletakkan Johor sebagai pasaran pusat data kesembilan terbesar di Asia Pasifik.
Polis rakam keterangan editor portal Bahasa Inggeris
: Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City, pada Isnin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu terbabit hadir memberi keterangan pada jam 8.30 pagi iaitu diawalkan berbanding waktu asal yang ditetapkan pada jam 11 pagi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu terbabit hadir memberi keterangan pada jam 8.30 pagi iaitu diawalkan berbanding waktu asal yang ditetapkan pada jam 11 pagi.
Polis nafi serangan ke atas dua pemain bola disebabkan bookie
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang ramai digesa tidak mereka-reka cerita yang tidak benar sehingga siasatan dijalankan.
Mengenang Allahyarham Hail Amir
Penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 76 dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
Ditalian bersama kita pada waktu ini ialah Hafiz Nafiah, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Datuk DJ Dave, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M)
Ditalian bersama kita pada waktu ini ialah Hafiz Nafiah, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Datuk DJ Dave, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M)
Polis nafi berlaku pergaduhan kaum di Sungai Petani
Polis menafikan dakwaan berlaku kejadian pergaduhan antara kaum di sini seperti yang tular menerusi Facebook baru-baru ini.