IPOH: Polis Perak menafikan kononnya seorang pekerja warga Bangladesh maut dibaham harimau, di Pos Raya yang terletak di antara Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, seperti yang tular di media sosial.
Polis juga percaya gambar tersebut yang tidak diketahui sumbernya adalah gambar lama yang ditularkan semula.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, beliau telah membuat semakan dengan Ketua Polis Daerah Ipoh mengenai perkara itu dan didapati ianya tidak benar.
"Saya ingin memberi nasihat dan juga peringatan kepada semua pengguna-pengguna Facebook yang suka memviralkan berita-berita palsu ini untuk berhenti daripada menyebarkan gambar-gambar lama ni,.
"Gambar lama sebenarnya dia sebarkan balik dengan tujuan untuk menggusarkan orang ramai. Maka nasihat saya berhenti daripada melakukan perbuatan tersebut pasal perbuatan tersebut adalah satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga di bawah Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh, pada Khamis.
Terdahulu tular di media sosial Facebook gambar seekor harimau dan rangka manusia yang kononnya milik seorang warga Bangladesh yang dibaham harimau.
Menurut beliau, maklumat-maklumat palsu seperti yang ditularkan itu akan menimbul kegusaran di kalangan orang ramai.
Katanya, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan maklumat atau berita palsu di media sosial.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Feb 10 2022
Terdahulu tular di media sosial gambar seekor harimau dan rangka manusia yang kononnya milik seorang warga Bangladesh yang dibaham harimau.- Foto ihsan pembaca
Mentaliti FOMO, YOLO jerat belia jatuh bankrap
Antara lain tambah Ketua, Jabatan Pembangunan Penyelidikan, AKPK, Mohammd Mafrukhin Mokhtar penyebab belia cenderung berbelanja di luar kemampuan adalah disebabkan faktor tekanan.
Persediaan sambut jemaah pertama Malaysia di Madinah
Pelbagai program diatur untuk kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang akan tiba di Madinah pada 9 Mei ini. Antaranya ditempatkan di tiga buah hotel mengikut zon selain rancangan untuk ziarah luar di beberapa lokasi terpilih.
#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
Masih ada harapan bantu miskin bandar - Pakar
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat ia masih suatu isu yang serius dan perlu ditangani segera.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Pantau Belanjawan: Ulasan Kajian UNICEF | Ranjau Sepanjang Jalan – Tangani miskin bandar KL
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
[TERKINI] Dapatan utama kajian UNIEF: Ranjau Sepanjang Jalan
Ikuti secara langsung pelancaran laporan UNICEF berjudul 'Living on the edge'.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Lelaki warga Indonesia maut dipercayai dibaham harimau
Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol.
Mayat Orang Asli dipercayai dibaham harimau ditemukan di kawasan cerun
Seorang lelaki Orang Asli yang maut akibat diserang hidupan liar dipercayai harimau belang, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.
Perhilitan siasat punca Orang Asli maut dipercayai dibaham harimau
Ia bagi menentukan punca kematian seorang lelaki Orang Asli akibat diserang hidupan liar dipercayai harimau belang di Pos Pasik semalam.
Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang
Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar menyumpit berhampiran kawasan Kampung Sugi pada Selasa.
Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."
Mayat Orang Asli dipercayai dibaham harimau ditemukan
Mayat lelaki Orang Asli suku kaum Bateq yang hilang ketika memancing dipercayai dibaham harimau Selasa lepas, ditemukan di Kuala Sungai Tunggul semalam.
Kanak-kanak Orang Asli nampak bapa saudara diterkam harimau
Alang Kuang, 8, merupakan satu-satunya saksi kejadian kehilangan bapa saudaranya, Halim Asin, 27, di Hulu Sungai Aring, kelmarin.
Orang Asli Suku Kaum Bateq dikhuatiri dibaham harimau ketika memancing
Seorang lelaki Orang Asli Bateq dilaporkan hilang dikhuatiri akibat diserang harimau ketika memancing di hulu Sungai Aring di Kampung Aring 5, semalam.
Polis nafi kejadian harimau baham warga Bangladesh di Simpang Pulai
Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan maklumat atau berita palsu di media sosial.