KUALA LUMPUR: Polis menafikan terdapat kes penculikan enam kanak-kanak untuk tujuan penjualan organ seperti mesej yang tular menerusi media sosial sebaliknya ia adalah mesej lama yang disebarkan semula.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP A. Skandaguru berkata semakan mendapati mesej palsu yang meminta masyarakat berwaspada dengan penculikan itu tular sejak 2017 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial.
"Kanak-kanak ini dikatakan diberi bahan terlarang yang menyebabkan mereka tidak mampu bercakap untuk memudahkan mereka dilarikan menaiki lori ayam ke negara jiran bagi tujuan pemindahan organ.
"Mesej tersebut juga mendakwa pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan ke atas lori berkenaan dan menjumpai enam kanak-kanak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Skandaguru pihak PDRM tidak menerima sebarang laporan berkaitan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak setakat ini.
Beliau berkata individu yang dikesan menyebarkan berita palsu boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dan menyebarkan berita tidak berasas serta tidak ditentukan kesahihannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
Semakan polis mendapati mesej palsu yang meminta masyarakat berwaspada dengan penculikan itu tular sejak 2017 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Polis nafi kes culik kanak-kanak untuk penjualan organ
Polis menafikan terdapat kes penculikan enam kanak-kanak untuk tujuan penjualan organ seperti mesej yang tular menerusi media sosial sebaliknya ia adalah mesej lama yang disebarkan semula.
Lebih 300 murid diculik militan Boko Haram dibebaskan
Kesemua 344 kanak-kanak itu telah dibawa pulang oleh pihak keselamatan.