awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi laporan kononnya mayat Morais dijumpai di Klang

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
09/09/2015
07:57 MYT
Polis nafi laporan kononnya mayat Morais dijumpai di Klang
Berita mengenai penemuan mayat yang kononnya adalah Morais (gambar) dilaporkan di sebuah akaun Facebook dan menjadi viral di media sosial. -Gambar fail
Polis hari ini menafikan laporan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais telah dijumpai di Klang, Selangor.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata setakat jam 12.30 tengah hari tadi, tiada laporan diterima daripada ibu pejabat polis daerah Klang mengenai penemuan mayat Morais.
"Sehingga 12.30 tengah hari tadi, saya telah semak dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Klang Utara dan Klang Selatan, tidak ada.
"Saya yakin dan percaya benda itu tidak betul," katanya ringkas tanpa mengulas lanjut dalam satu sidang media di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berita di sebuah laman Facebook mengenai penemuan mayat yang kononnya adalah jasad Morais yang menjadi viral di media sosial.
Morais dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan polis pada Isnin menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyiasat kes itu yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad.
Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Beliau juga dilaporkan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Topic Berkaitan
#Kevin Morais
#Klang
#Mohd Adnan Abdullah
#WA6264Q
#Zainuddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan