awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi sekeluarga meninggal dunia di rumah ketika kuarantin COVID-19

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
26/05/2021
22:32 MYT
Polis nafi sekeluarga meninggal dunia di rumah ketika kuarantin COVID-19
Pada Rabu, tular di WhatsApp dan Facebook gambar serta video berdurasi 20 saat yang memaparkan beberapa petugas lengkap berpakaian PPE mengusung mayat ke dalam sebuah trak polis. - Foto media sosial
MELAKA: Polis menafikan video tular satu keluarga meninggal dunia dalam rumah di Taman Merdeka, di sini, yang dikaitkan dengan COVID-19.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata, setakat petang Rabu, tiada sebarang laporan diterima membabitkan kes berkenaan.
“Kita nafikan kejadian kematian akibat COVID-19 seperti ditularkan itu berlaku di daerah Melaka Tengah ini.
“Setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kes kematian seperti yang didakwa,” katanya ketika dihubungi semalam.
Terdahulu, tular di laman sosial gambar dan video berdurasi 20 saat yang memaparkan beberapa petugas dipercayai anggota kesihatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) sedang mengangkat mayat ke dalam trak polis.
Kematian itu didakwa berlaku selepas keluarga berkenaan yang sedang menjalani kuarantin di rumah tidak hadir janji temu dibuat Kementerian Kesihatan untuk melakukan saringan, sebelum ditemui meninggal dunia.
Afzanizar menasihati orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu berita bagi mengelakkan kekeliruan.
“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu sehingga wujud keadaan panik kepada masyarakat.
“Tindakan itu merupakan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#berita palsu
#video tular
#laman sosial
#Kementerian Kesihatan
#video
#Taman Merdeka
#kuarantin
#mayat
#Afzanizar Ahmad
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan