awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Pahang tingkat pemantauan, rondaan di kawasan kerap berlaku kemalangan

Bernama
Bernama
24/01/2025
20:45 MYT
Polis Pahang tingkat pemantauan, rondaan di kawasan kerap berlaku kemalangan
Noor Hisam memaklumkan, pada Op Selamat Tahun Baharu Cina tahun lepas, sebanyak 364 kemalangan dilaporkan dengan lima kes kemalangan maut dicatatkan, di samping 11,770 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. - Gambar fail/Bernama
BERA: Polis Pahang akan meningkatkan pemantauan dan rondaan, terutama di kawasan kerap berlaku kemalangan menerusi Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya berikutan bilangan kenderaan dijangka bertambah kerana cuti perayaan itu berlaku serentak dengan cuti sekolah.
"Kita akan melaksanakan beberapa inisiatif, antaranya penetapan kehadiran polis melalui konsep ronda dan statik di lokasi hitam yang kerap berlaku nahas.
"Selain itu, kita melakukan pemantauan dengan memasang kanopi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan kawasan berhenti tepi jalan sebagai lokasi pertemuan petugas polis trafik bersama agensi lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kempen 'Rumah Selamat, Selamat Sampai' sempena Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kontinjen Pahang 2025 di sebuah pasar raya di Triang, di sini, pada Jumaat.
Majlis berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Triang Leong Yu Man.
Noor Hisam memaklumkan, pada Op Selamat Tahun Baharu Cina tahun lepas, sebanyak 364 kemalangan dilaporkan dengan lima kes kemalangan maut dicatatkan, di samping 11,770 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
Sementara itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya mengisi borang pemakluman balik kampung yang boleh dilakukan di balai polis terdekat atau aplikasi dalam talian.
"Kita juga janganlah melakukan perkara yang menjemput pencuri seperti meninggalkan rumah dalam keadaan pintu atau pagar tidak berkunci serta tidak menyalakan lampu rumah," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#pelancongan
#Ops Selamat 23
#lokasi hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan