awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis pantau pesta Full Moon di Pulau Perhentian

Bernama
Bernama
19/04/2016
06:52 MYT
Polis pantau pesta Full Moon di Pulau Perhentian
Pesta yang akan diadakan di Long Beach, Pulau Perhentian itu dikatakan mendapat sambutan orang ramai. - Foto perhentian.com.my
Pihak polis akan bekerjasama dengan beberapa agensi terlibat bagi memantau penganjuran pesta "Full Moon Beach Party" yang dijadualkan berlangsung di Pulau Perhentian, hari ini dan esok.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata sehingga kini sebanyak lima laporan berhubung penganjuran pesta itu telah dibuat oleh beberapa pihak termasuk Pemuda dan Puteri UMNO Besut.
"Kita pantau aktiviti sebegini dan jika benar penganjuran ini berlaku tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang berkenaan," katanya kepada Bernama.
Pesta 'liar' yang didakwa akan diadakan di Long Beach, Pulau Perhentian itu dikatakan mendapat sambutan orang ramai termasuk remaja beragama Islam di pulau itu selepas penganjur membuat publisiti dalam laman sosial Facebook dengan menawarkan pakej menarik kepada pengunjung.
Khaled dalam pada itu berkata pihaknya juga telah menjalankan risikan dan siasatan keatas beberapa buah pusat penginapan di kawasan tapak pesta.
"Setakat ini pemilik pusat penginapan tersebut tidak mengetahui penganjuran pesta tersebut...dan tidak mustahil pihak tidak bertanggungjawab sengaja menggunakan nama beberapa chalet di kawasan tersebut," katanya.
Difahamkan sehingga kini tiada sebarang permit dipohon bagi penganjuran pesta itu daripada Majlis Daerah Besut.
Topic Berkaitan
#full moon party perhentian
#Long Beach
#PDRM
#Pesta full moon
#Pulau Perhentian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan