awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis patahkan cubaan seludup 13,260 peket minyak masak bersubsidi

Petrus Bernard
Petrus Bernard
26/08/2022
02:20 MYT
Polis patahkan cubaan seludup 13,260 peket minyak masak bersubsidi
Kotak yang mengandungi minyak masak bersubsidi ditemui dalam dua buah lori ketika serbuan dilakukan. - Astro AWANI
SEMPORNA: Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna dan Balai Polis Bum Bum berjaya mematahkan cubaan menyeludup 13,260 peket minyak masak bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah rumah di kampung sungai Tohok Semporna pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejayaan tangkapan itu pada jam 11.15 malam hasil maklumat orang awam yang disalurkan kepada pihak polis.
"Ketika serbuan, dua buah lori di parkir di halaman rumah tersebut tanpa pemandu yang kemudian turut diperiksa," katanya dalam satu kenyataan media di sini.
"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua lori tersebut sarat dengan muatan 780 kotak minyak masak bersubsidi yang mana setiap kotak mengandungi 17 peket minyak masak dengan jumlah keseluruhan 13,260 peket.
"Rumah tersebut juga dipercayai dijadikan tempat menyimpan dan mengumpul barangan kawalan berjadual sebelum diseludup ke negara jiran.
Tiga lelaki tempatan berumur antara 21 hingga 53 tahun yang merupakan penghuni rumah tersebut ditahan untuk membantu siasatan.
Kesemua barangan kawalan tersebut dirampas bersama dua buah lori dan dibawah ke IPD Semporna untuk tindakan lanjut.
Jumlah keseluruhan barangan rampasan dianggarkan bernilai RM333,150.
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Topic Berkaitan
#minyak masak peket bersubsidi
#seludup
#Mohd Farhan Lee Abdullah
#Lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan