awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis, penjenayah hilang dalam arus deras

Sinar Harian
Sinar Harian
10/11/2018
00:22 MYT
Polis, penjenayah hilang dalam arus deras
Wan Mohd Arif (gambar kecil) dipercayai lemas di Sungai Paka. - Foto Sinar Harian
Seorang anggota polis dan seorang penjenayah dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Paka ketika menangkapnya di kampung Durian Mentangau, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28 tahun, bersama suspek dikenali sebagai Zam Ayam dipercayai tergelincir di tebing sungai.
Sewaktu kejadian mangsa yang bertugas di Balai Polis Paka sedang mengejar suspek yang terlibat dalam satu kejadian kes samun di Kampung Limbong, Paka, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian Wan Mohd Arif bersama tiga rakan sekerja sedang melakukan intipan di sekitar kediaman suspek.
Menurutnya, menyedari kehadiran polis, suspek melarikan diri.
"Anggota terbabit mengejar suspek yang lari ke arah belakang rumah sebelum kedua-duanya tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.
"Rakan sekerja cuba memberi pertolongan dan menyelamatkan kedua-duanya tetapi tidak berjaya.
"Kedua-duanya dilihat berenang menyelamatkan diri tetapi arus deras menyukarkan mereka," katanya.
Beliau berkata, setelah gagal membantu, rakan sekerja segera melaporkan kejadian kepada pegawai bertugas.
"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka diketua Penolong Penguasa Bomba, Mohd Redzuan Adnan turut dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari serta menyelamat.
"Operasi dilakukan di sepanjang tebing sungai dan dibantu beberapa penduduk menggunakan bot," katanya.
Baharudin berkata, operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 3.15 pagi kerana keadaan sekeliling gelap dan berkabus menyukarkan pencarian.
"Operasi mengesan kedua-dua mangsa dilakukan semula pada jam 7.00 pagi ini.
"Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Kemaman turut dipanggil untuk membantu melancarkan operasi," katanya.
Topic Berkaitan
#bomba
#Dungun
#hilang
#Kemaman
#lemas
#mangsa
#operasi
#Paka
#penjenayah
#polis
#samun
#Sungai
#Sungai Paka
#suspek
#Wan Mohd Arif Wan Yahya
#Zam Ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan