IPOH: Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama dadah jenis methamphetamine bernilai kira-kira RM3.45 juta semasa melakukan pemeriksaan di rumah sewanya di Jalan Medan Ipoh di sini pada Rabu.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata suspek berusia 37 tahun yang juga seorang 'bookie' judi, ditahan di kawasan tersebut sekitar pukul 1.40 petang.
"Pihak polis menemukan 95 bungkus plastik berwarna hijau kuning bertulis 'Guan Ying Wang' berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine anggaran berat 96.02 kilogram (kg).
"Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek adalah negatif dan mempunyai satu rekod kesalahan lampau bersabit kesalahan dadah. Suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media Op Tapis Khas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di sini hari ini.
Mohd Yusri berkata pihaknya masih menjalankan siasatan sama ada suspek terlibat dengan sindiket dadah atau sebagainya.
Sementara itu, Op Tapis Khas yang dijalankan pada 6 hingga 8 Dis berjaya merampas kira-kira RM3.51 juta dadah serta menangkap seramai 518 orang yang terdiri daripada 510 lelaki dan lapan perempuan.
"Suspek yang ditangkap berusia lingkungan umur 16 hingga 70 tahun serta tangkapan seramai 21 warganegara asing daripada Myanmar, Indonesia, Thailand dan India.
"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya mengenal pasti penagih dadah tegar di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 antaranya heroin, syabu, ganja, daun ketum serta cecair ketum dan kodein," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022

Pihak polis menemukan 95 bungkus plastik berwarna hijau kuning bertulis 'Guan Ying Wang' berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine anggaran berat 96.02 kilogram (kg). - Foto BERNAMA

Cabaran getir buat skuad badminton negara dalam Piala Sudirman
Malaysia dijangka berdepan laluan sukar pada Kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China.

Warga emas parah rumah dirempuh MPV meninggal dunia
Mangsa, Rahimah Abdul Majid, 82, meninggal dunia pada jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.

Bakal jemaah Haji berpeluang dapatkan Pakej Rahmah
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Malaysia terbuka untuk perbincangan semula pembinaan
Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang sebelum ini dihentikan.

Status pemulihan air di mencapai 25.5 peratus
Susulan gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam. Air Selangor memaklumkan, sehingga pukul 12 tengah hari Sabtu, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 25.5 peratus

Ditegur baca doa laju, lelaki bertindak pukul bapa
Seorang lelaki diberkas selepas memukul bapanya menggunakan kerusi ketika berbuka puasa dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada Jumaat. Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Fokus Minggu Depan: Untung nasib peniaga di bulan Ramadan
Fareez Azman, Wartawan Astro AWANI

Wanita mohon maaf rempuh enam gerai bazar Ramadan
Kejadian lebih kurang jam 10 pagi itu berlaku ketika dia hendak meletakkan kenderaannya di situ susulan kedai sewanya berhampiran lokasi tersebut.

Berang diikat rakan ketika mabuk, lelaki bakar rumah
Suspek yang diikat dan dikurung oleh rakan serumahnya berjaya melepaskan diri dan membakar rumah.

Polis Kelantan rampas RM17.9 juta syabu dalam van
Pemeriksaan lanjut di bahagian belakang van terbabit mendapati 13 guni putih berisi dadah jenis syabu disorokkan di dalam timbunan pakaian terpakai.

Polis rampas dadah, tahan dua penganggur
Polis menahan dua penganggur dan merampas pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Johor Jaya, Selasa lepas.

'El Chapito' remaja 14 tahun bunuh lapan orang ditahan polis
Jabatan Keselamatan Awam Amerika Utara mengumumkan penahanan itu menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Inspektor diperintah bela diri kes dadah
Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat memerintahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor membela diri atas pertuduhan mengambil dadah, tiga tahun lalu.

Yasin fail representasi keempat kepada Jabatan Peguam Negara
Yasin fail representasi keempat kepada Jabatan Peguam Negara

Kes dadah paling tinggi direkodkan di Kelantan tahun lepas - Tengku Maimun
Kes jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah mencatatkan jumlah tertinggi didaftarkan di Kelantan iaitu sebanyak 3,683 kes, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa pukul rakan hingga cedera parah
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Wan Aminullah Wan Ibrahim, dengan menggunakan sebatang rotan.

Polis tahan 2 beradik miliki dadah hampir RM100,000 di Kampung Perangkap
Polis menahan dua beradik yang dipercayai memiliki dadah bernilai RM96,000 dalam serbuan di Kampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas, pada Khamis.

Polis tahan seorang lelaki miliki pistol Beretta, peluru dan dadah
Pistol itu ditemukan selepas sepasukan anggota polis cuba menahan suspek ekoran maklumat berkaitan dadah.