KANGAR: Polis Kontinjen Perlis menumpaskan sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar yang berselindung di sebalik perniagaan syarikat telekomunikasi dengan memberkas tujuh individu termasuk tiga wanita Rabu lepas.
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata, kesemua mereka yang juga warga tempatan berumur lingkungan 19 hingga 35 tahun itu diberkas ketika sedang asyik menggunakan peralatan komputer serta mesin di sebuah premis di sekitar Taman Cahaya pada 5.40 petang.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar secara tidak sah.
"Suspek juga didapati menggunakan data peribadi warga tempatan dan asing yang dibekalkan sindiket lain bagi mengaktifkan kad prabayar berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis hari ini.
Surina berkata suspek terlibat juga dikesan bertindak menjual kad prabayar yang telah diaktifkan itu kepada sindiket yang menjalankan aktiviti jenayah komersial.
Beliau berkata, polis merampas peralatan seperti 15 monitor, 14 unit pemprosesan komputer, papan kekunci (13), pemacu kilat (1), sim card multiplexer (51), kad sim (3,084), modem (1) dan tetikus (13) dengan nilai keseluruhan bernilai RM130,000.
"Tujuh suspek berkenaan didapati tidak mempunyai kesalahan jenayah lampau dan kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Jun," katanya.
Surina berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana memiliki kelengkapan peranti tiada standard.
"Polis Perlis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk melengkapkan siasatan kes ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022

Surina berkata, suspek didapati menggunakan data peribadi warga tempatan dan asing yang dibekalkan sindiket lain bagi mengaktifkan kad prabayar berkenaan. - Gambar fail

MOSTI lancar Pelan Haja Tuju Teknologi Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan lima Pelan Hala Tuju Teknologi negara bagi memperhebatkan usaha Malaysia menjadi pembangun teknologi, sekali gus mengurangkan kebe

Empat individu didakwa racun burung merpati
Empat individu termasuk dua lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberikan bahan beracun kepada sekumpulan burung merpati, bulan lepas.

AWANI Ringkas: Dewan Negara lulus RUU Antilompat Parti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
![AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981883/thumbnails/21620388001660050596167_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: RUU lulus, wakil rakyat menang PRU15 tak boleh lompat parti PAC pertahan pendedahan ketirisan LCS, Pemuda UMNO desak RCI Kadar pengangguran menurun, paling rendah sejak pandemik #AWANInews #PolitikMalaysia

Agenda AWANI: Pembangunan Lestari di Malaysia, Realistik?
Malaysia menyatakan kerjasama dengan UN-Habitat untuk meningkatkan kapasiti teknikal tempatan untuk mempercepatkan pelaksanaan bandar pintar di negara. Bagaimana perkara ini dapat direalisasikan? Ikuti temu bual khas bersama Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif dalam Agenda Awani, 8.30 malam.

Laporan Khas | Bukit Tabur makin berterabur
Setiap hujung minggu, sudah tentu ramai warga kota beriadah bersama keluarga termasuk memilih ke taman rekreasi, memanjat bukit atau hiking. Namun, Bukit Tabur yang terletak di Melawati dan dikenali ramai peminat sukan lasak kerana lokasinya di sebalik keindahan Banjaran Quarza Warisan Negara kini didakwa penduduk berlaku aktiviti penebangan hutan.

Polis tahan enam individu, rampas 38 kg dadah lebih RM1.3 juta
Polis menahan empat lelaki dan dua wanita selepas menemukan 38.161 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai lebih RM1.3 juta.

Pas tidak akan sertai Gerakan Tanah Air - Takiyuddin
Pas tidak akan menyertai Gerakan Tanah Air (GTA), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Kebakaran Hutan | 579 tan air dilepaskan
Pasukan kecemasan Rusia telah meningkatkan usaha memadam kebakaran hutan di Siberia. Antaranya termasuk melepaskan lebih 579 tan air melalui dua pesawat.

Polis Perlis patahkan sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar tidak sah
Suspek menggunakan data peribadi warga tempatan dan asing yang dibekalkan sindiket lain bagi mengaktifkan kad prabayar berkenaan.

Tindakan tegas ke atas syarikat telco degil - Gobind Singh
Tindakan itu akan diambil melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berikutan arahan tersebut telah berkuat kuasa serta merta sebelum ini.

Pengecualian cukai perkhidmatan ke atas kad prabayar
Menterinya Lim Guan Eng berkata ia perlu bagi mengatasi masalah syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera.

Kad prabayar: Syarikat telekomunikasi diarah bayar rebat kepada pengguna
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan terdapat sedikit kekeliruan membabitkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas pembelian kad prabayar telekomunikasi.

CIMB seru pelanggan gunakan PIN untuk transaksi kad
Mulai 1 Julai dan seterusnya, tandatangan tidak boleh digunakan sebagai pengesahan bagi pembelian di terminal POS.

Kad prabayar palsu: 50 kompaun bernilai RM2.29 juta dikeluarkan kepada telco
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata jumlah kompaun yang dikeluarkan meningkat sebanyak 89 peratus berbanding tahun lalu.

Kembalikan harga isian kad prabayar seperti sebelum GST, tegas Ahmad Maslan
Syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini dinasihatkan agar untuk kekal harga kad prabayar seperti sebelum GST ke atas harga isian semula seperti diputuskan kabinet pada 3 April lalu.

Mustahil untuk kekal harga kad prabayar seperti sebelum GST pada 1 Mei - SKMM
SKMM berkata mustahil untuk pihak pembekal untuk melaksanakan pertukaran kad prabayar dalam tempoh dua hari ini kerana perlu pertukaran sistem.

GST: Syarikat telekomunikasi kaut untung dan tindas pengguna - Pemuda UMNO
Sebelum ini, kerajaan telahpun memberitahu syarikat-syarikat rangkaian telekomunikasi untuk tidak mengenakan GST di kad-kad pra-bayar.

Isu kad tambah nilai dikenakan GST dibawa kepada Kastam
Datuk Seri Hasan Malek bawa isu kad tambah nilai prabayar yang dikenakan GST oleh syarikat telekomunikasi ke perhatian Kastam.