awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Perlis tumpu 11 lokasi 'hotspot' kemalangan dalam Op Selamat

Bernama
Bernama
08/04/2024
21:45 MYT
Polis Perlis tumpu 11 lokasi 'hotspot' kemalangan dalam Op Selamat
Menurut Muhammad, lokasi tumpuan antaranya di Kilometer (KM) 7 Jalan Kangar-Alor Setar, KM10 Jalan Kangar-Padang Besar, KM1 Jalan Kangar-Arau, Jalan Raja Syed Alwi dan Jalan Kuala Perlis-Jerlun. - Gambar fail
ARAU: Polis akan memberi tumpuan kepada 11 lokasi 'hotspot' yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di negeri ini dalam Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri yang bermula hari ini hingga 13 April.
Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, lokasi tumpuan itu antaranya di Kilometer (KM) 7 Jalan Kangar-Alor Setar, KM10 Jalan Kangar-Padang Besar, KM1 Jalan Kangar-Arau, Jalan Raja Syed Alwi dan Jalan Kuala Perlis-Jerlun.
"Operasi di Perlis ini melibatkan penugasan sebanyak 127 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKK)," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Op Selamat 22 peringkat negeri Perlis yang disempurnakan Menteri Besar Mohd Shukri Ramli di sini pada Isnin.
Muhammad berkata, menerusi Op Selamat itu, pihaknya turut memfokuskan kepada pencegahan jenayah di kawasan perumahan terutamanya rumah yang ditinggalkan penghuni kerana pulang ke kampung.
Dalam pada itu, beliau berkata, statistik kemalangan jalan raya di Perlis sepanjang tempoh Op Selamat tahun lepas menunjukkan penurunan kepada 60 kes berbanding 84 kes pada 2022.
"Bagi kes kemalangan maut pula, penurunan daripada lima kes pada 2022 kepada dua kes pada 2023 iaitu 60 peratus. Ini menunjukan pelaksanaan Op Selamat dapat membantu dalam mengurangkan kadar kemalangan termasuk kemalangan maut," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#lokasi hotspot
#Polis Perlis
#kemalangan
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan