IPOH: Polis telah merakam keterangan 11 individu berhubung nota ugutan yang diterima Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, individu berkenaan termasuk ibu bapa menteri itu serta jirannya.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat.
“Kita masih lagi meneruskan siasatan dan juga kita telah merakamkan, setakat ini kita telah merakamkan percakapan sebanyak 11 individu, terdiri daripada ibu bapa YB Nga Kor Ming, jiran-jiran di kawasan setempat.
“Kita juga telah membuat pemeriksaan CCTV di sekitar kawasan dan juga di kawasan Lebuhraya WCE untuk kita membantu dalam siasatan tersebut,” katanya.
Beliau ditemui selepas Sambutan Hari Polis ke 217 peringkat negeri Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, pada Isnin.
Sehubungan itu, Mohd Yusri meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan, boleh menyalurkannya kepada pihak polis untuk membantu mereka melengkapkan siasatan.
Pada 7 Mac lalu, polis menerima laporan mengenai nota ugutan daripada ibu menteri berkenaan kira-kira pukul 10.15 pagi, selepas wanita berumur 76 tahun itu menemukan banyak kertas bertaburan di hadapan rumahnya yang memaparkan tulisan perkataan berbaur ugutan, pada kira-kira pukul 7.30 pagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama.
Mengenai kes kenderaan rasmi menteri berkenaan mengekori sebuah ambulans yang tular di media sosial bulan lepas, Mohd Yusri berkata, kertas siasatan telah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 28 Februari lalu.
Menurutnya, setakat ini, pihak polis masih menunggu arahan lanjut daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Mar 25 2024
Mohd Yusri (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Omar Bakhtiar Yaacob yang akan bersara. - Gambar Astro AWANI
Mohon secara rasmi jika mahu perkongsian strategik dengan MOT, JPJ - Loke
MOT tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau swasta untuk melakukan perkhidmatan bagi pihak agensi di bawah kementerian itu.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Malaysia dijangka tarik lebih banyak aliran masuk asing daripada pewarisan harta di Asia bernilai AS$1.9 trilion - SC
Malaysia dijangka dapat menarik lebih banyak aliran masuk asing dengan jangkaan pewarisan harta yang lebih besar daripada golongan berusia kepada generasi lebih muda di Asia.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.
Polis rakam keterangan 11 individu berhubung nota ugutan diterima Nga Kor Ming
Antara individu yang dirakam keterangan mereka termasuk ibu bapa menteri itu serta jirannya.
PRK Pelangai: Polis Pahang rakam keterangan Muhammad Sanusi
Polis Pahang telah merakamkan percakapan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, difahamkan berhubung kenyataan dibuat semasa ceramah pada 22 Sept lepas.
Insiden bom lempar: Polis rakam keterangan individu di lokasi
Polis akan merakam keterangan semua individu yang berada di lokasi insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, di Gemas pada Ahad.