Polis rakam keterangan keluarga tiga individu ditembak di Durian Tunggal

Polis hari ini merakam keterangan ahli keluarga tiga individu yang ditembak mati polis di Durian Tunggal, Melaka pada 24 Nov lepas. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis hari ini merakam keterangan ahli keluarga tiga individu yang ditembak mati polis di Durian Tunggal, Melaka pada 24 Nov lepas.
Ringkasan AI
- Polis merakam keterangan ahli keluarga tiga individu yang ditembak mati di Durian Tunggal, Melaka pada 24 Nov lepas.
- Sebuah telefon bimbit yang mengandungi rakaman audio diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut; sampel suara saksi diambil untuk analisis.
- Pasukan siasatan khas JSJ Bukit Aman akan jalankan siasatan secara adil dan profesional; polis komited memastikan keadilan tanpa berpihak kepada mana-mana individu.
"Selain itu, sampel suara saksi tersebut turut diambil dengan bantuan pihak Cyber Security Malaysia (CSM) untuk analisis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumar berkata setakat ini pasukan siasatan khas telah merekodkan keterangan daripada tujuh orang saksi terdiri daripada tiga ahli keluarga dan empat pegawai perubatan.
Beliau menegaskan siasatan itu yang dikendalikan oleh pasukan siasatan khas JSJ Bukit Aman akan dijalankan secara adil dan profesional berdasarkan undang-undang.
"Polis Diraja Malaysia komited dalam memastikan ketelusan dan integriti siasatan sentiasa diutamakan bagi menjamin keadilan tanpa berpihak kepada mana-mana individu dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku," katanya.
Pada 24 Nov lepas, tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka didakwa melibas parang ke arah seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.
Kejadian pada 4.30 pagi itu menyebabkan anggota polis berpangkat koperal berusia awal 30-an cedera parah pada lengan kiri.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata kesemua suspek daripada Geng Durian Tunggal itu dipercayai dalam perjalanan untuk menyamun sebuah premis dan aktif melakukan jenayah sejak 2024, membabitkan 20 kes di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor, dengan kerugian RM1.35 juta.
Bagaimanapun pada 3 Dis lepas, ahli keluarga tiga suspek berkenaan menolak dakwaan bahawa mangsa bertindak ganas dengan menyerang pasukan keselamatan dan susulan itu polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan terbabit yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


