awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2024
05:18 MYT
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Razarudin berkata rampasan itu telah dilakukan di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kedah. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memberitahu rampasan itu telah dilakukan di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kedah manakala siasatan masih diteruskan.
Katanya, buat masa ini tiada tangkapan dibuat.
"Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM akan berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jaim) untuk melihat adakah (kasut) itu dia punya model atau adakah ia khat iaitu melambangkan khat tulisan Allah.
"Kita akan minta Jakim untuk bantu kita, siasatan kita akan teruskan lagi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman antara Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri kepada timbalannya, Datuk Mohd Nasri Omar yang akan memangku jawatan itu.
Dalam pada itu, pihaknya akan memanggil pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd untuk membantu siasatan.
Katanya, sehingga kini, PDRM menerima lapan laporan mengenai isu logo kasut tumit tinggi yang memaparkan logo mirip kalimah Allah pada tapaknya.
Topic Berkaitan
#JAKIM
#Kalimah Allah
#PDRM
#Kasut Verns
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan